HONDA HR-V 2018 KINI DI PASARAN (TETAPI STERENG SEBELAH KIRI)

SHARE

Honda HR-V adalah sebuah SUV kompak yang popular. Boleh dikatakan model ini adalah percaturan yang bijak dari Honda. Ia menawarkan alternatif yang kepada dua pembeli segmen utama.

Golongan pertama ialah mereka yang berada dalam segmen kereta penumpang seperti Honda Civic manakala kelompok kedua ialah dari segmen SUV seperti CR-V.

Mereka yang sudah bosan dengan kereta sedan atau ingin mencuba kenderaan jenis baharu boleh mendapatkan HR-V manakala pembeli yang merasakan CR-V terlalu besar dengan harga yang lebih tinggi pula mempunyai alternatif dari Honda ini.

Selepas beberapa tahun di pasaran, sudah tiba masanya HR-V diberi penampilan baharu dan ia dimulakan di Amerika Syarikat.

Honda HR-V 2018 didatangkan dengan warna baharu iaitu Aegean Blue Metallic selain roda aluminium dengan corak ala Audi.

Perubahan luaran sangat minimum dan tamat di situ sahaja.

Enjin HR-V masih lagi sama iaitu 1.8 liter SOHC i-VTEC berkuasa 141 ps pada 6,500 rpm dengan tork 172 Nm pada 4,300 rpm.

Pacuan roda pula terdiri dari dua kofigurasi iaitu AWD dengan Sistem Kawalan Pintar (tiada di Malaysia) dan 2WD. Kuasa enjin dihantar ke roda dengan dua pilihan transmisi sama ada CVT atau enam kelajuan manual.

Ciri-ciri keselamatan HR-V terdiri daripada ABS dengan BA, HSA, VSA, ESC, kamera undur pelbagai sudut, TPMS dan pelbagai lagi.

HR-V mencatat kejayaan di AS apabila ia merupakan SUV sub-kompak paling laris pada bulan Julai lalu dengan peningkatan jualan selama tujuh bulan berturut-turut.

Walaupun popular, Honda HR-V bukan produk tempatan AS tetapi dieksport dari dua kilang Honda iaitu Celaya dan Guadalajara di Mexico.

Terdapat lapan kemasan HR-V di AS dan ia dipasarkan dari USD 19,570 (RM 84,113.67) hingga USD 26,340 (RM 113,211.76).

BACA: HARGA BARU UNTUK HONDA HR-V & CR-V 2WD – KINI LEBIH MURAH 

BACA: HONDA HR-V MUGEN DENGAN SISTEM HIBURAN PREMIUM

(Visited 1,043 times, 1,043 visits today)

Share this post

scroll to top