Buletin

HONDA HR-V/VEZEL DI AMERIKA

Honda dilihat mahu mengembangkan rangkaian model bersaiz kecilnya untuk pembeli generasi seterusnya di pasaran Amerika Syarikat (AS). 

Honda HR-V Compact SUV

Model yang bakal dilancarkan itu ialah Fit (Jazz di sini) dan SUV kompak serba baharu, Honda HR-V yang juga dikenali sebagai Vezel. Vezel mula dipertontonkan kepada umum dalam acara Tokyo Motor Show 2013.

Pengenalan dua model itu dijangka memberi peluang pertumbuhan yang signifikan buat jenama Honda di AS. Jentera tersebut dihasilkan di kilang terbaharu Honda di Celaya, Mexico.

Honda-HR-V-Mekanika (2)

“Fit dan HR-V membuktikan bagaimana perkara-perkara yang hebat boleh hadir dalam pakej kecil. Tiada siapa yang mampu melakukannya dengan lebih baik daripada Honda,” kata Naib Presiden Kanan dan Pengurus Besar Honda Amerika, Jeff Conrad.

Honda mendedahkan foto rasmi HR-V pada New York International Auto Show yang lalu. Sekali pandang, SUV yang dibina di atas platform Fit ini memang memiliki garis tubuh yang ekspreif dan bergaya.

Honda-HR-V-Mekanika (6)

Sama seperti Fit, HR-V menampilkan ruang dalaman luas, terima kasih kepada rekaan tangki minyak yang diletakkan di tengah-tengah. HR-V juga dilengkapi oleh tempat duduk Magic Seat® yang versatil.

Di pasaran Jepun, model yang diposisikan di bawah model CR-V itu ditawarkan dalam dua varian iaitu petrol dan hibrid. Model petrol dikuasakan oleh unit enjin 1.5 liter DOHC dengan sistem pancitan terus bahan api yang dipadankan bersama kotak gear CVT. Sementara varian hibrid pula menggunakan sistem Sport Hybrid i-DCD yang menggabungkan enjin 1.5 liter dengan motor elektrik.

Honda-HR-V-Mekanika (7)

Honda Malaysia ada memberi bayangan bahawa model ini akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi. Cuma nama yang akan digunakan (HR-V atau Vezel) masih belum dapat dipastikan. Suka?

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button