HONDA INDO “KANTOI” LAGI. SELEPAS AKRA, EKZOS YOSHIMURA JUGA DIDAKWA PALSU!

SHARE

Media Indonesia sedang kecoh sejak beberapa hari ini terkait isu AHM Honda, pengedar motosikal Honda Indonesia yang “tertangkap” kerana menggunakan sistem ekzos Akrapovic palsu.

Pihak Sphinx Motorsport, selaku pemegang hak edaran Akrapovic Indonesia mengecam Honda Indonesia kerana menggunakan jenama mereka pada produk bukan buaan mereka. Sphinx dalam satu kenyataan di laman sosial facebook mereka memberitahu bahawa mereka yakin bahawa sistem ekzos yang dipasangkan pada PCX150 yang dipamerkan sewaktu pelancaran skuter tersebut 100 peratus adalah palsu.

Beberapa hari selepas itu, Agustinus Indraputra, Pengurus Besar bahagian Pemasaran, Perancangan dan Analisis bagi pihak PT Astra Honda Motor dalam satu kenyataan memberitahu;

Terima kasih untuk informasi yang disampaikan. Dalam modifikasi All New Honda PCX, semua part kami asli, termasuk knalpot Yoshimura. Sayangnya dalam pengerjaannya, terjadi kesalahan pemasangan emblem. Tim teknis kami memasang emblem Akrapovic yang seharusnya tdk dipasang. Kami mohon maaf atas ketidaknyamanan ini, terutama untuk Sphinx Motorsport sebagai distributor resmi Akrapovic.

Mereka mengakui bahawa ia adalah kesilapan teknikal dan dalam kenyataan sama, mereka mendakwa ia adalah ekzos asli Yoshimura yang tersalah tampal emblem Akrapovic. 

Menurut sumber rakan kami di Indonesia, AHM Honda terlepas pandang hal tersebut kerana motosikal pameran yang disolek tersebut dibina oleh pihak ketiga.

Pun begitu, jawapan yang diberikan agak aneh kerana bagaimana sebuah ekzos boleh tersalah jenama?

Ya. itu yang menjadi persoalan utama.

Dan di zaman serba canggih dengan teknologi yang boleh didapati sepantas kilat, netizen nampaknya lebih pantas membuat siasatan.

Salah seorang pembaca di sana Ganang Arytra telah menghantar email kepada pihak Yoshimura sendiri untuk mendapatkan pengesahan status ekzos Yoshimura yang digunakan oleh AHM pada PCX tersebut.

Jawapannya mengejutkan.

Pihak Yoshimura Amerika menerusi wakil mereka Don Franzen memberitahu bahawa ekzos Yoshimura R11 adalah palsu dan bukan produk mereka.

Don Franzen juga memberitahu bahawa dengan melihat sekali imbas, mereka yakin, tiada ekzos model Yoshimura R11 yang dibuat untuk model tersebut. Ada model lain tetapi rekaannya berbeza.

Ia dapat dilihat menerusi kesan rivet dan juga padanan jenama.

Ini adalah tamparan hebat kepada AHM Honda Indonesia. Bagaimana mereka menguruskan krisis situasi ini?

Mereka bukan sahaja tertangkap sekali, tetapi kali kedua dan ia sudah tentu memalukan bagi sebuah jenama motosikal paling besar di Indonesia.

Pengurusan krisis yang gagal.

Kami rasa, orang PR di sana tidur lena tak buat kerja.

Kesian sungguh mereka nak jawap apa lagi lepas ni.

 

 

Share this post

scroll to top