HONDA INDONESIA LANCAR CBR250RR VERSI REPSOL – HANYA 1000 UNIT, RM24K

SHARE

PT Astra Honda Motor (AHM), pemegang jenama motosikal Honda di Indonesia secara rasminya melancarkan edisi terhad CBR250RR dengan livery Repsol. Ia dipertontonkan serentak dengan pengenalan pasukan MotoGP 2017 di mana Indonesia sekali lagi menjadi hos mereka.

Sebagai pasaran terbesar motosikal Honda di dunia, Indonesia sering jadi keutamaan bagi Honda dalam banyak keadaan. Pengenalan CBR250RR ini adalah pertambahan skema warna baru dari debut dunianya yang disempurnakan pada tahun lepas.

Bukan setakat livery semata-mata, edisi Repsol ini dilengkapi dengan aksesori tulen Honda Genuine Accesories (HGA) yang terdiri dari single seat cowl, hugger buatan karbon dan pelindung tangan (hand guard)

Hanya 1000 unit sahaja yang dihasilkan dan kesemuanya terdiri dari varian ABS menjadikannya sport premium tertinggi buat masa ini. Ia dijual pada harga Rp 72.000.000 (RM24,000).

BACA: SPESIFIKASI RASMI HONDA CBR250RR

BACA: HONDA HENTIKAN PRODUKSI CBFR600RR

Varian Repsol ini menjadikan CBR250RR di Indonesia kini bertambah kepada 4 pilihan. Ia melengkapi pilihan warna Anchor Graymetallic, Honda Racing Red dan Mat Gunpowder Black Metallic.

Honda CBR250RR ini menghasilkan tenaga 28.5 kW (38.7PS) / 12.500 rpm dan tork maksimum sehingga 23.3 Nm (2.4 kgf.m) / 11.000 rpm. Ia dikuasakan enjin 2 silinder generasi terbaru 250cc sejukan cecair, 4-lejang DOHC 8-injap.

Sejak dilancarkan, CBR250RR menjadi penanda aras baru bagi model sport ringan. Malah ia merupakan model paling ringan dalam kelasnya dengan hanya 165 kg untuk versi standard (STD) dan 168 kg untuk versi ABS.

Adakah CBR250RR akan masuk Malaysia? Kami sama seperti anda, masih menunggu. Namun mengikut info yang kami terima, CBR250RR akan ke pasaran tempatan. Cuma masa yang akan menentukannya.

Share this post

scroll to top