HONDA JALIN KERJASAMA DENGAN GM UNTUK PERCEPAT TEKNOLOGI KERETA ELEKTRIK

SHARE

Sekarang adalah waktu di mana setiap pengeluar mempunyai kerjasama berperingkat dengan pengeluar lain. Tidak ramai yang mampu berdiri sendiri. Ia bukan sebab kemampuan teknologi, tetapi lebih kepada perkongsian kos pada skala pengeluaran yang lebih besar.General Motors dan Honda telah mengumumkan perjanjian untuk menghasilkan komponen bateri kimia baru, termasuk sel dan modul. Ia dijangkan akan mempercepatkan rancangan kedua-dua syarikat untuk menghasilkan kenderaan elektrik sepenuhnya.

Kerjasama ini memberi tumpuan pasaran untuk wilayah  Amerika Utara. Penghasilan produk ini juga memberi tumpuan kepada komponen dengan ketumpatan tenaga yang lebih tinggi, pembungkusan yang lebih kecil dan kemampuan pengecasan yang lebih cepat.

Sebelum ini, Honda dan GM sudah memeterai kerjasama untuk membangunkan sel bahan api hidrogen menjelang 2020.

BACA: 75% KERETA HONDA ADALAH ELEKTRIK PADA 2030

“Perjanjian baru dengan Honda ini menunjukkan keupayaan General Motors untuk berinovasi ke arah portfolio teknologi elektrik yang menguntungkan,” kata Mark Reuss, Naib Presiden Eksekutif General Motors bagi jabatan Pembangunan Produk, Pembelian dan Rantaian Pembekalan Global.

Honda pada tahun lalu memberitahu bahawa menjelang 2030, dua pertiga kenderaan mereka adalah kenderaan berasaskan elektrik.

Dalam merangka masa depan yang lebih bersih dan kenderaan karbon sifar, Honda merangka strategi menerusi tiga model teras iaitu

  1. PLUG IN HYBRID (PHEV)
  2. FUEL CELL (FCV)
  3. KENDERAAN ELEKTRIK (EV)

Ketua Projek Honda Fuel Cell, Kiyoshi Shimizu memberitahu mereka optimis dengan projek Honda Clarity yang telah dimulakan sejak beberapa tahun lepas.

Ia adalah inisiatif terbesar Honda dalam mengemukakan idea bahawa perlumbaan sebenar teknologi hijau sudah memasuki fasa baru. Honda meletakkan sasaran dalam tempoh 13 tahun akan datang untuk menjadi pengeluar kereta bersih yang dominan.

Share this post

scroll to top