Buletin

HONDA JAZZ DIBUKA UNTUK TEMPAHAN!

Model kompak yang amat ditunggu-tunggu, Honda Jazz kini sudah boleh ditempah.

 honda-jazz-tempah-mekanika (5)

Jazz generasi ketiga itu menawarkan pakej penjimatan bahan api, konsep rekaan menarik, praktikaliti, versatiliti, ruang kabin luas dan teknologi inovatif. Semua ciri itu menjadikan Jazz sebuah model kompak yang sesuai untuk apa jua gaya hidup anda.

Jika berminat, anda boleh menempah Jazz mulai sekarang hingga 15 Julai. Lebih menarik lagi, ia hadir bersama kadar pinjaman serendah 2.53 peratus dan peluang memenangi percutian ke Maldives!

honda-jazz-tempah-mekanika (8)

Jadual siri jelajah prebiu Jazz baharu adalah seperti berikut:

 Poster with details

Bakal dilancarkan tidak lama lagi, Jazz generasi ketiga akan ditawarkan dalam tiga varian iaitu 1.5 S, 1.5 E dan 1.5 V. Ketiga-tiga varian itu dibezakan melalui kemasan dan ciri yang ada padanya.

honda-jazz-tempah-mekanika (11)

Di ruang kabin, antara ciri yang boleh anda harapkan ialah paparan audio dengan skrin sentuh bersaiz tujuh inci. Bukan itu sahaja, varian Jazz juga bakal dilengkapi sistem keselamatan yang lengkap. Misalnya enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Emergency Start Stop signal dan Hill Stop Assist (HSA).

Jentera kompak ini dijana oleh unit enjin SOHC i-VTEC bersesaran 1.5 liter. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 120PS @ 6,600rpm dan tork puncak 145Nm @ 4,600rpm.

 honda-jazz-tempah-mekanika (9)

Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear CVT (Continuous Variable Transmission). Dibangunkan di bawah teknologi Earth Dreams Honda, transmisi CVT itu menawarkan prestasi pemanduan yang lancar dan menjimatkan bahan api.

Jazz semakin popular dalam kalangan pengguna  apabila Honda Malaysia menjadikannya salah sebuah model pemasangan tempatan (CKD) pada lewat tahun lalu.

  honda-jazz-tempah-mekanika (1)

Dengan tawaran harga yang menarik, lebih 6,770 unit Jazz versi petrol itu telah berjaya dijual. Sebagai perbandingan, jualan model Jazz CBU sebelum ini hanya mencatat jualan sekitar 650 unit setahun.

Maklumat lanjut mengenai Jazz, sila kunjungi pengedar Honda berdekatan anda. Boleh juga menghubungi talian tol percuma 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button