Buletin

HONDA KEKALKAN KEDUDUKAN NO. 1

Honda Malaysia dilihat meneruskan momentum positif pada tahun lalu ke tahun 2015.

 SONY DSC

Ini terbukti apabila Honda Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 sebagai pengeluar bukan nasional untuk segmen kenderaan penumpang bagi suku pertama tahun ini.

Tahun lalu, syarikat tersebut mencatat jualan tertingginya setakat ini iaitu 77,485 unit. Ia merupakan lonjakan sebanyak 50.3  peratus berbanding tahun lalu dengan penguasaan pasaran meningkat kepada 11.6 peratus.

 SONY DSC

“Sasaran jualan pada tahun ini ialah 85,000 unit. Kini, kami telah berjaya menjual *21,563 unit dalam suku pertama 2015 (pertumbuhan sebanyak 37% berbanding  tempoh sama tahun lalu) dengan bulan Mac mencatatkan jualan paling tinggi dalam sejarah dengan *9,000 unit,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno

Prestasi itu banyak disumbangkan oleh permintaan yang cukup memberangsangkan terhadap model-model seperti City, Jazz, Civic dan Accord yang menjadi peneraju dalam segmen masing-masing untuk bulan Januari serta Februari 2015.

 SONY DSC

Bukan itu sahaja, model SUV kompak terbaharu Honda, HR-V telah mencatat tempahan lebih 10,000 unit sejak ia dilancarkan.

Honda turut berkongsi matlamat untuk tahun 2015 iaitu mahu menawarkan “Kecemerlangan Sepenuhnya” ke atas produk-produk dan perkhidmatannya. Pelan utamanya adalah untuk mengembangkan rangkaian pengedar serta meningkatkan kualiti servis dan menawarkan lebih banyak aktiviti yang inovatif dalam usaha mencapai aspek kepuasan pelanggan.

 SONY DSC

Kini, Honda mempunyai 75 cawangan 3S, empat bilik pameran 1S dan 12 pusat Body & Paint (BP) dalam rangkaian pengedarnya. Bagi memenuhi keperluan pelanggan yang kian meningkat, Honda akan menambah 11 cawangan 3S dan lima pusat BP. Sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan pengedar kepada 90 dan 17 pusat BP menjelang akhir tahun ini.

Selain itu, bilik pameran konsep baru akan dibuka di Bangsar, Bukit Bintang, Ampang dan Pulau Pinang. Identiti Korporat (CI) baru yang diperkenalkan pada tahun lalu juga akan diimplementasikan ke atas para pengedar sedia ada demi menawarkan keselesaan serta kemudahan terbaik kepada para pelanggan.

 SONY DSC

Dalam usaha memberikan perkhidmatan yang sama kepada semua pelanggan di Malaysia, terutama di kawasan luar bandar dan Malaysia Timur, Honda ada  mengumumkan bahawa pusat 3S baharu akan dibuka di kawsan seperti Pontian dan Teluk Intan. Honda akan membuka pusat servis satelit di kawasan tersebut.

Honda juga berkongsi perancangan mereka untuk Malaysia Timur yang akan menjadi salah satu fokus mereka pada tahun 2015.

 SONY DSC

Honda mendapati perkongsian pasarannya di bandar-bandar utama dan metropolitan adalah tinggi, tetapi secara relatifnya agak rendah di kawasan luar bandar dan Malaysia Timur.

“Pertumbuhan ekonomi di Malaysia Timur baru-baru ini cukup signifikan. Kami percaya bahawa wujud potensi yang besar untuk Honda mengembangkan perniagaan di sana sekarang,” tambah Ueno.

 SONY DSC

Bagi menyokong serta mengukuhkan operasi di Malaysia Timur, Honda akan memperkemaskan operasinya dengan membuka sebuah pejabat serantau, kemudahan latihan, pusat pengedaran dan gudang alat ganti di sana.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button