BuletinMotosikal

HONDA LANCAR PASUKAN HONDA-REPSOL MOTOGP MUSIM 2017

Bertempat di Jakarta International Expo, Indonesia sekali lagi menjadi tuan rumah pelancaran pasukan MotoGP Honda-Repsol bagi musim 2017.

BACA: YAMAHA LANCAR M1 MOTOGP 2017

Pelumba pasukan Honda, Marc Marquez dan Dani Pedrosa menjadi bintang pada hari bersejarah tersebut. Mereka ditemani Tetsuhiro Kuwata – Pengarah HRC (Pengarah Urusan Divisyen Pengurusaan Operasi Perlumbaan) dan Ketua Pasukan Livio Suppo.

Peanampilan jentera baru RC213V itu turut ditemani oleh Toshiyuki Inuma (Presiden), Johannes Loman (Senior Vice President), Morgono Tanuwijaya dan Koji Sugita (Pengarah Pemasaran). Kontrak persefahaman ditandatangani oleh Kuwata, Inuma dan Loman.

Mengambil kesempatan dari acara tersebut, AHM juga melanccarkan Honda CBR250RR Edisi Repsol Edition, CRF250 Rally dan CRF1000L Africa Twin untuk pasaran Indonesia.

BACA: HONDA CBR250RR EDISI TERHAD REPSOL

 

 

 

 

Google ads
Back to top button