HONDA LANCAR X-BLADE DI INDIA – MULA BERADA DI PASARAN PADA MAC 2018, HARGA RM5,200

SHARE

Honda Motorcycle and Scooter India baru-baru ini memperkenalkan motosikal street terbaharunya, X-Blade.

Motosikal premium bersesaran 160cc yang dilancarkan pada acara Auto Expo 2018 itu akan bersaing dengan model-model seperti Suzuki Gixxer, Bajaj Pulsar NS 160, Yamaha FZ dan TVS Apache RTR 160.

Jentera ini berkongsi platform dengan model CB Hornet 160R, tetapi tampil dengan reka bentuk yang lebih sporty dan tajam. Disasarkan kepada golongan muda, X-Blade dijangka berada di pasaran India pada Mac depan pada harga bermula 85,000 rupee (RM5,200) seunit.

Isuzu Dmax Desktop

X-Blade menggunakan lampu utama LED yang kelihatan agresif. Penampilan itu disempurnakan lagi dengan kowling hadapan dan skrin penghalang angin yang tinggi. Selain tangki minyak yang maskular, panel sisinya didatangkan dengan kemasan berwarna hitam.

Bahagian belakang X-Blade menyerlah dengan reka bentuk lampu yang bersegi tajam bersama tempat pemegang untuk pembonceng.

Jentera itu dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 162.7cc dengan sistem penyejukan udara yang mampu menjana 13.9bhp dan tork 13.9Nm. Kuasa disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear lima kelajuan. Kerangka jenis diamond yang digunakan itu pula menjanjikan pengendalian lebih mantap. 

Sebagai sebuah motosikal moden, X-Blade dilengkapi beberapa ciri seperti kluster instrumen digital, brek cakera di hadapan dan rim aloi lima jejari

Share this post

scroll to top