Buletin

HONDA MALAYSIA CATAT JUALAN 43,597 UNIT PADA 1H

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia kini berada di landasan terbaik untuk mencapai sasaran jualan sebanyak 85,000 unit pada tahun ini.

Honda-Civic-mekanika

Ini memandangkan sebanyak 43,597 unit kenderaan sudah berjaya dijual sepanjang separuh pertama tahun 2015. Honda Malaysia memulakan tahun 2015 dengan yakin apabila berada di kedudukan No. 1 dalam segmen kenderaan bukan nasional bermula Januari hingga Jun.

Honda menyumbang sebanyak 13.5 peratus kepada volum keseluruhan industri (TIV), naik 2.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Jualan Honda  meningkat kepada 6,408 unit atau 17 peratus berbanding 37,189 unit pada separuh pertama tahun 2014.

Low angle view of overpasses, Interstate 105, Judge Harry Pregerson Interchange, Los Angeles, California, USA
Low angle view of overpasses, Interstate 105, Judge Harry Pregerson Interchange, Los Angeles, California, USA

Prestasi enam bulan pertama 2015 dilihat cukup menggalakkan dengan purata 7,200 unit dijual pada setiap bulan. Mac tahun ini, Honda mencatat jualan bulanan tertinggi dalam sejarahnya dengan 9,582 unit.

Dengan keputusan yang cukup memberangsangkan ini, Honda Malaysia juga mencatat penguasaan pasaran paling tinggi iaitu 15.1 peratus pada Jun 2015. City yang menjadi model terlaris Honda menyumbang sebanyak 41 peratus kepada jualan keseluruhannya.  Diikuti oleh Jazz sebanyak 19 peratus dan HR-V, 17 peratus.

Honda-City-mekanika

Angka jualan yang positif ini turut disumbang oleh pasaran Malaysia Timur. Jualan di rantau itu meningkat kepada 32 peratus (2,390 unit) berbanding 1,814 unit pada tempoh sama tahun lalu.

Bagi meningkatkan penguasaan pasaran di Sabah dan Sarawak, Honda Malaysia merancang untuk menambah tiga lagi cawangan di dua negeri tersebut menjelang akhir tahun ini.

Baru-baru ini, Honda Malaysia telah menubuhkan Pusat Pengedaran Berpusat di Malaysia Timur untuk mengukuhkan lagi operasi di sana. Malah, pelan untuk membuka sebuah pejabat serantau, kemudahan latihan dan gudang alat ganti kini sedang giat dijalankan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button