HONDA MALAYSIA GUNA KHIDMAT KERETAPI

SHARE

Honda Malaysia semalam mengumumkan bahawa ia akan menggunakan sistem keretapi untuk proses penghantaran alat gantinya dari Thailand ke Malaysia. Perkhidmatan itu bakal disediakan oleh pihak Thailand National Railways (SRT) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

In preparation for the increase in future production plans, Honda Malaysia is taking the initiative to reform its transportation support.

Majlis perasmiannya telah diadakan di KTM Sungei Way, di mana 24 buah kontena dihantar untuk kegunaan Honda Malaysia. Dengan langkah ini, Honda Malaysia akan menjadi syarikat Honda pertama di seluruh dunia yang menggunakan sistem keretapi bagi mengoptimumkan penghantaran logistiknya. Sebelum ini, kontena dihantar menggunakan trak dan kapal laut.

Volum pengeluaran Honda Malaysia dijangka meningkat daripada 50,000 unit setahun kepada 100,000 unit setahun menjelang tahun 2016. Buat masa sekarang, 25 hingga 30 buah kontena dibawa dari Thailand ke Malaysia setiap hari. Angka itu bakal meningkat kepada 120 buah kontena sehari, selari dengan pelan produksi masa depan Honda Malaysia.

EDY_2994

Sebagai persediaan untuk pelan tersebut, Honda Malaysia mengambil inisiatif mengubah aspek sokongan pengangkutannya. Pada masa yang sama ia tetap komited untuk terus menjanjikan kepuasan kepada para pelanggannya dengan menawarkan alat ganti dalam keadaan yang baik, memendekkan tempoh menunggu, mengurangkan kos produksi dan memberikan kembali pengurangan kos itu kepada pelanggan.

Inisiatif itu juga selari dengan sasaran pengurangan 30 peratus emisi CO2 oleh produk Honda menjelang tahun 2020. Justeru, dengan menggunakan kereta api, emisi CO2 dapat dikurangkan sehingga 60 peratus.

EDY_2975

Berdasarkan kepada kajian dan ujian yang dijalankan oleh Honda Malaysia, syarikat mendapati penggunaan kereta api menawarkan kos yang lebih efektif, meminimumkan risiko logistik, mengelakkan pembaziran dan mengurangkan kerosakan.

 

Share this post

scroll to top