HONDA MALAYSIA LANCAR KEMPEN PENJIMATAN 3XTRAORDINARY – REBAT TUNAI SEHINGGA RM50K!

SHARE

Berita baik untuk anda yang hendak membeli sebuah kereta baharu Honda. Ini kerana Honda Malaysia baru sahaja melancarkan kempen Penjimatan 3XTRAORDINARY.

Kempen yang bermula pada 1 hingga 31 Disember 2018 itu membolehkan pelanggan menikmati kadar fardah rendah atau pilihan tunai, bonus akhir tahun dan rebat tunai ekstra. Mereka juga akan menerima hadiah eksklusif apabila memandu pulang sebuah kereta Honda.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Rebat bermula RM2,500 sehingga RM50,000 ditawarkan ke atas pelbagai model Honda seperti Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V, Accord, Odyssey dan Civic Type R.

Untuk menikmati rebat tersebut, kenderaan mestilah didaftarkan sebelum 31 Disember 2018 dan dibeli dari mana-mana 97 pengedar sah Honda di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, Honda Malaysia juga memberi ganjaran kepada pelanggan Honda Insurance Plus (HIP) dengan hadiah istimewa apabila mereka memperbaharui insurans HIP mereka sepanjang tempoh kempen.

Kempen Penjimatan 3XTRAORDINARY dianjurkan sebagai menghargaikan sokongan pelanggan ke atas jenama Honda. Honda Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmen bukan nasional dan No.1 untuk Volum Keseluruhan Industri (TIV) sejak Januari lalu.

City menjadi model paling laris dengan jualan lebih 30,200 unit yang menyumbang 32 peatus jualan keseluruhan Honda Malaysia bermula Januari hingga November 2018. Civic dan CR-V pula menyumbang jualan sebanyak 16 dan 13 peratus.

Maklumat lanjut mengenai kempen Penjimatan 3XTRAORDINARY atau menempah slot pandu uji, sila kunjungi mana-mana pengedar sah Honda, hubungi talian Tol Percuma 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Share this post

scroll to top