Buletin

HONDA  MALAYSIA PANGGIIL SEMULA 2,814 UNIT HRV – BAR PENSTABIL BAHAGIAN HADAPAN BERISIKO PATAH

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa ia memanggil semula 2,814 unit HR-V keluaran tahun 2016. Panggilan itu dibuat berikutan kemungkinan bar penstabil pada bahagian hadapan kenderaan boleh patah akibat tekanan tinggi.

Langkah itu bagaimanapun tidak melibatkan model-model lain yang dijual oleh Honda Malaysia sekarang.

Masalah bar penstabil adalah disebabkan oleh kawalan suhu yang tidak efisien sewaktu proses produksinya. Apabila patah, ia boleh menyebabkan roda menjadi tidak stabil dan kenderaan bergerak ke arah kiri atau kanan.

Setakat ini, tidak ada insiden kemalangan atau kecederaan akibat masalah ini dilaporkan berlaku di Malaysia. Justeru, Honda Malaysia mengambil langkah berjaga-jaga demi memastikan keselamatan pelanggan dan memohon maaf atau kesulitan yang timbul.

Kini Honda Malaysia mempunyai 50 peratus alat ganti di seluruh negara. Kebolehdapatan 100 peratus bar pentsbail itu dijangka bermula pada pertengahan November 2017.

Semua pelanggan yang terjejas akan dihubungi menerusi surat. Mereka diminta untuk menghantar kenderaan masing-masing ke pusat servis terdekat Honda.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi talian tol percuma 1-800-88-2020.

Google ads
Back to top button