Buletin

HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 147,894 UNIT KENDERAAN

Honda Malaysia hari ini mengumumkan pemanggilan semula 147,894 unit lagi kenderaannya untuk menggantikan inflator beg udara penumpang hadapan.

Honda-Accord-recall-2016-mekanika

Kenderaan yang terlibat adalah seperti berikut:

Model Tahun buatan Unit yang terjejas
Accord 2003 – 2011 46,832
City 2009 – 2011 52,345
Civic 2007 – 2011 23,701
CR-V 2008 – 2011 15,938
Freed 2009 – 2011 2,582
City 2011 5,053
Jazz 2009 – 2011 899
Odyssey 2004 – 2008 544

Honda Malaysia menegaskan bahawa model-model yang dijual sekarang tidak terlibat dalam proses panggilan ini.

Semua pelanggan yang terjejas akan diberitahu menerusi surat. Jadi, pelanggan yang menerima notifikasi itu diminta membawa surat dan kenderaan mereka ke pengedar sah Honda berhampiran untuk diperiksa.

9.Freed_Front

Proses penggantian akan dibuat sebaik sahaja alat ganti sudah ada. Semua kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Honda Malaysia juga menggesa semua pelanggan yang terjejas supaya memastikan kenderaan mereka diperiksa secepat mungkin.

Pemilik kenderaan Honda juga boleh memeriksa status panggilan semula kenderaan mereka dengan menghubungi nombor tol percuma Honda di talian: 1-800-88-2020 layari laman web: www.honda.com.my atau kunjungi mana-mana pengedar sah Honda yang berhampiran.

Google ads
Back to top button