HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 49,116 UNIT ODYSSEY (2014-2017) & ACCORD (2013-2016)

SHARE

Honda Malaysia hari ini menngumumkan bahawa ia akan memanggil semula 49,116 unit MPV Odyssey 2014 hingga 2017 dan sedan Accord (2013-2016).

Langkah itu diambil untuk menukar alat pengesan bateri dan cermin tingkap yang dikatakan gagal berfungsi.

  • Alat pengesan bateri

– Kegagalan berikutan kecacatan pada papan litar PCB di dalam alat pengesan ketika ia diproduksi. Ia boleh menyebabkan masalah litar pintas pada alat pengesan, wujud kemungkinan bahagian hud berasap dan terbakar.  

– Model yang terjejas: 20,233 unit Accord (buatan tahun 2013 – 2016) 

  • Cermin tingkap

– Kerosakan komponen cermin tingkap yang bergerak gagal berfungsi dan boleh menyebabkan cermin tertanggal, sama ada ketika bergerak atau parkir.  

– Model yang terjejas: 27,912 unit Accord (buatan tahun 2013-2016) dan 971 unit Odyssey (buatan tahun 2014-2017) .

Sehingga sekarang, kedapatan kedua-dua alat ganti ini adalah sekitar 50 peratus. Pelanggan yang terlibat diminta berhubung dengan mana-mana 91 pengedar sah Honda.    

Pelanggan akan diberi surat notifikasi oleh Honda Malaysia. Anda boleh memeriksa status kenderaan di laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi talian tol percuma: 1-800-88-2020.

(Visited 301 times, 5 visits today)

Share this post

scroll to top