Buletin

HONDA MALAYSIA PERKENAL KOLEKSI BARANGAN TERBAHARU – BERTEMAKAN CHALLENGING SPIRIT

Akhirnya, koleksi terbaharu barangan Honda Malaysia diperkenalkan. Ia sudah boleh dibeli di 88 pengedar sah Honda di seluruh negara mulai hari ini (28 Oktober 2017).  

Pengunjung acara Honda Family Road Trip (HFRT) di AEON Mall, Kota Bahru berpeluang menjadi yang terawal memiliki koleksi menarik ini.

Mengetengahkan tema ‘Challenging Spirit’, koleksi barangan ini diinspirasikan kepada personality Honda yang mengangkat nilai berdaya tahan, kerja keras dan tidak pernah berputus asa.  

Ia menampilkan motif The Great Wave, satu ilustrasi masyarakat Jepun. Koleksi ini yang menggunakan motof elemen estetik Jepun ini juga kontemporari, bergaya dan segar.

Ditawarkan kepada golongan lelaki dan wanita, anda boleh memilih rangkaian barangan luas yang dibahagikan kepada tiga kategori. Harganya pula mampu milik, bermula bermula RM25 hingga RM129 seunit.

Antara yang ditawarkan ialah kemeja polo, topi, kemeja-t, bomber jackets (baharu), Challenging Spirit sweater (baharu), duffel bag, beg sandang, beg tote, set rantai & bekas kunci, botol minuman, pemegang pasport kulit, beg kasut dan payung.

Memandangkan rakyat Malaysia kini semakin gemarkan aktiviti luar rumah dan menjalani gaya hidup aktid, jadi Honda Malaysia memperkenalkan Active Wear Collection.

Maklumat lanjut mengenai barangan eksklusif ini, sila kunjungi mana-mana pengedar Honda terdekat, hubungi talian tol percuma 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my.

GALERI

Google ads
Back to top button