Buletin

HONDA MALAYSIA SERAHKAN HONDA JAZZ KEPADA PEMENANG PERADUAN ‘SMS & MENANG’ SEMPENA TAHUN BARU CINA

Setia Alam, 30 Mac 2018 – Bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, Honda Malaysia telah mengadakan peraduan SMS & MENANG untuk meraikannya dan menghargai semua pelanggan mereka. Satu majlis penyerahan hadiah secara rasmi telah diadakan untuk semua pemenang bertempat di Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd untuk pemenang hadiah utama dan lima lagi pemenang bertuah.

Pelanggan bertuah yang memenangi hadiah utama ialah Cik Hasmawati Bt Hussin dan telah membawa pulang sebuah Honda Jazz yang juga merupakan model hatchback terlaris untuk kategori bukan kereta tempatan. Lima pemenang lain masing-masing membawa pulang seunit iPhone X yang terbaru.

Peraduan SMS &MENANG sempena Tahun Baru Cina telah diadakan di antara 22 Januari 2018 sehingga 11 Mac 2018 terbuka kepada semua pemilik Honda. Peraduan ini juga telah menarik lebih dari 43,000 penyertaan. Daripada jumlah itu, 1,006 daripadanya telah dipilih untuk memenangi hadiah-hadiah keseluruhan bernilai RM198,255. Antara hadiah yang menjadi rebutan ialah sebuah Honda Jazz, iPhone X dan Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

Berucap pada majlis tersebut, Encik Toichi Taoyama selaku Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia menyatakan yang peraduan tersebut diadakan bertujuan untuk meraikan musim perayaan dengan pelanggan-pelanggan mereka.

Beliau juga berterima kasih kepada semua peserta dan pelanggan selain mengucapkan tahniah kepada semua pemenang. Honda Malaysia juga akan terus meningkatkan kualiti produk mereka begitu juga dengan perkhidmatan selepas jualan sesuai dengan kehendak pelanggan mereka.

BACA: HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 28,399 UNIT KENDERAAN UNTUK GANTI INFLATOR BEG UDARA PENUMPANG HADAPAN

Honda Jazz generasi ketiga ini mencatatkan angka jualan yang cukup memberangsangkan dengan 57,000 unit berjaya dijual sejak 2014. Ia juga menyumbang 13 peratus kepada peratusan jualan kenderaan Honda di Malaysia.

Pengarah Urusan Tiong Nam Motor (M) Sdn Bhd pula menyatakan yang sebagai wakil penjual Honda mereka cukup berbangga kerana menjadi lokasi terpilih untuk majlis meraikan pemenang. Tambahan pula Cik Hasmawati merupakan pelanggan setia mereka. Mereka juga berjanji untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan.

Cik Hasmawati yang pada masa ini memandu Honda City menyatakan kejutan sebaik menerima berita yang beliau telah memenangi sebuah Honda Jazz. Beliau cukup gemarkan rupanya yang sporty tetapi luas di bahagian dalam. Ia juga menjimatkan penggunaan petrol dan mempunyai tempat duduk ULTRA yang boleh disusun dengan empat konfigurasi.

Ruang dalaman Jazz dioptimakan tetapi pada masa yang sama ia kekal menarik dan selesa. Enjin 1.5-liter i-VTEC dengan sistem transmisi CVT memastikan kereta ini cukup menjimatkan tetapi pada masa yang sama mempunyai prestasi yang diperlukan.

Untuk sesi pandu uji ataupun menempah model-model Honda sila kunjungi ruang-ruang pameran mereka di seluruh Malaysia ataupun dengan melayari laman web www.honda.com.my.

Google ads
Back to top button