Buletin

HONDA MALAYSIA TAWAR BONUS BERGANDA – NIKMATI REBAT SEHINGGA RM20K!

September adalah bulan yang istimewa buat Malaysia dan Honda. Ketika negara meraikan perpaduan sebuah Malaysia, Honda pula menyambut ulang tahun ke-70.

Justeru, Honda Malaysia ingin meraikan dua sambutan ini dengan kempen Keseronokan Berganda yang menawarkan rebat menarik kepada pelanggan.

Pelanggan kini boleh menikmati bonus berganda dalam bentuk Honda Bonus dan Bonus Ulang Tahun ke-70 Honda.

Daftar sebuah Civic dan terima bonus sebanyak RM2,500 dan sehingga RM20,00 bagi pembelian Civic Type-R serta model-model terpilih mulai 1 hingga 30 September 2018.

Sepanjang kempen ini, perlanggan juga boleh menyertai peraduan Joy of Buying. Mereka berpeluang untuk memenangi salah sebuah Honda City yang menjadi hadiah utama selama tujuh minggu.

Selaku jenama bukan nasional No. 1 bermula Januari hingga Julai 2018, Honda Malaysia terus bekerja keras untuk mengekal dan mengukuhkan posisinya di pasaran tempatan.

Sepanjang tempoh ketiadaan cukai selama tiga bulan (1 Jun hingga 31 Ogos 2018) Honda Malaysia telah mencatat prestasi jualan memberangsangkan apabila menjual lebih 35,000 unit kenderaan. Angka itu mewakili 47 peratus jualan keseluruhan dari Januari hingga Ogos 2018.

Dalam tempoh tersebut, City, Civic dan Jazz menjadi model kegemaran pelanggan. City paling popular dengan 35 peratus, diikuti oleh Civic 17% dan Jazz 15%. Dari segi lokasi pula, wilayah tengah menyumbang kepada jualan tertinggi dengan 48 peratus.

Honda Malaysia akan terus mengujakan pasaran dengan lebih banyak kempen dan produk-produk menarik. HR-V baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi nampaknya sudah mendapat perhatian daripada pasaran.

Syarikat juga akan mengumumkan harga baharu untuk model-model hibrid CKD. Maklum balas terhadap model-model hibrid Honda cukup menggalakkan.

Maklumat lanjut mengenai kempen Double Joy and Joy of Buying, model-model Honda san perkhidmatan selepas jualan, sila hubungi talian tol percuma Honda: 1-800-88-2020 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button