HONDA MALAYSIA TERUSKAN INISIATIF PENUKARAN INFLATOR BEG UDARA TAKATA UNTUK TAHUN 2017

SHARE

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa operasi tiga Hab Pusat Servis Honda untuk penggantian inflator beg udara hadapan Takata akan ditamatkan pada 31 Disember 2016.

Pada masa yang sama, Honda Malaysia menyatakan ia akan terus komited untuk memastikan keselamatan para pelanggan. Bagi memudahkan urusan penggantian, lebih banyak lokasi akan dibuka mulai Januari hingga Mac 2017.

Honda-Malaysia- Mobile-Hub-Takata-mekanika (5)

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop
  1. Penutupan Hab Pusat Servis Honda

Operasi semua tiga Hab Pusat Servis Honda di wilayah Utara, Tengah dan Selatan akan ditutup pada 31 Disember 2016. Justeru, pelanggan diminta mengunjungi mana-mana pengedar sah Honda untuk membuat penggantian inflator beg udara hadapan Takata.

  1. Pengenalan Caravan Bergerak untuk penggantian inflator beg udara

Honda Malaysia akan memperkenalkan sebuah caravan bergerak untuk memudahkan para pelanggan. Caravan tersebut akan bergerak ke seluruh negara bagi menyediakan perkhidmatan menukar inflator secara on-the-spot, 7 hari seminggu.

  1. Lanjutan Hab Mudah Alih di pusat membeli-belah dan pasukan bergerak

Bagi menambah jumlah lokasi dan memberi lebih kemudahan kepada pelanggan, Honda Malaysia akan meningkatkan operasi hab mudah alih ke tiga pusat membeli-belah pada setiap hujung minggu di wilayah Tengah, Johor Bahru, Kedah dan Pulau Pinang hingga Mac 2017.

Perincian lokasi terkini boleh didapati di laman web: www.honda.com.my dan  www.productrecall.honda.com.my.

Selain itu, pasukan bergerak Honda Malaysia akan pergi ke pengedar kereta terpakai dan syarikat korporat di wilayah tengah untuk menukar inflator yang terjejas secara on-the-spot.

  1. Aktiviti pergi dari rumah ke rumah akan diteruskan

Sebanyak 84 pengedar sah Honda akan terus menggerakkan kakitangannya untuk pergi dari rumah ke rumah hingga Mac 2017. Langkah ini diambil untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya menukar inflator terbabit.

Honda-City-Takata-recal-mekanika (2)

Pengenalan caravan dan peningkatan jumlah hab mudah alih ke lebih banyak lokasi di pusat membeli-belah merupakan tambahan kepada aktiviti penggantian pada acara Honda Family Road Trip dan siri jelajah Honda Mobile.

Sehingga 28 Disember 2016, Honda Malaysia telah menyempurnakan 71 peratus penukaran inflator yang terjejas. Ia juga menegaskan bahawa kebolehdapatan inflator beg udara pemandu adalah 100 peratus. Sementara stok untuk inflator penumpang hadapan pula ialah 70 peratus.

Harus tahu bahawa Honda Malaysia sentiasa memberitahu tentang perlunya menukar inflator menerusi pemberitahuan di media sosial dan SMS. Justeru, pemilik kenderaan Honda yang terjejas diminta untuk pergi menukar komponen terbabit secepat mungkin.

Share this post

scroll to top