Buletin

HONDA MEAN MOWER

Honda sering menghasilkan ciptaan kejuruteraan yang luar biasa. Kali ini, Honda UK telah bekerjasama dengan pihak Team Dynamics yang memenangi perlumbaan British Touring Car Championship (BTCC) untuk mencipta mesin rumput paling pantas di dunia. 

170713hon-c

Projek yang diberi nama Mean Mower ini sebenarnya sangat straightforward. Mahu membina sebuah mesin rumput yang sangat laju, tetapi tetap dapat menjalankan peranannya untuk memotong rumput.

Percaya atau tidak, jentera ini mampu memecut sehingga 209 kilometer sejam (km/j) dan mencecah kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam tempoh cuma empat saat.

170713hon-i

Mean Mower telah pun dipandu uji oleh juara yang juga pemandu pasukan Honda Yuasa Racing, Gordon ‘Flash’ Shedden. Tonton videonya di sini: http://bit.ly/MeanMower

Team Dynamics telah mengubah suai sebuah Honda HF2620 Lawn Tractor secara sepenuhnya. Chasisnya diperbuat daripada material 4130 chromoly yang menawarkan platform kukuh, selamat dan ringan.

170713hon-d

Ia dijana oleh enjin bersesaran 1,000cc yang diambil daripada Honda VTR Firestorm, bersama suspensi dan roda daripada sebuah ATV. Enjin itu kemudian dipadankan dengan sistem gear enam kelajuan automatik, lengkap bersama paddle shifter.

170713hon-a

Prestasi memotong rumput jentera ini turut ditingkatkan menerusi penggunaan dua unit motor yang memusingkan bilah pisau pada kelajuan 4,000rpm. Jadi, kemampuan Mean Mower memotong rumput adalah dua kali ganda berbanding model asal mesin pemotong rumput Honda HF2620 Lawn Tractor.

[hr] Galeri

170713hon-f170713hon-h

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button