HONDA MULA JUAL FREED & FREED+ DI JEPUN

SHARE

Honda Motor Co., Ltd telah mula menjual model MPV kompak Freed dan Freed+ serba baharu di pasaran Jepun.

Honda-Freed-Freed-2017-Japan-mekanika (1)

Freed mempunyai tiga baris tempat duduk. Manakala Freed+ pula dilengkapi dua baris tempat duduk. Lebih menarik lagi, minivan kompak itu menawarkan 16 varian berbeza untuk menjangkau seramai mungkin audien di sana.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Kedua-dua model ini dikuasakan oleh pilihan enjin pancitan terus DOHC i-VTEC bersesaran 1.5 liter yang dipadankan dengan kotak gear CVT. Catatan penggunaan bahan api adalah sekitar 19.0km/liter.

Honda-Freed-Freed-2017-Japan-mekanika (3)

Manakala versi hibrid pula menggunakan enjin 1.5L Atkinson cycle DOHC i-VTEC SPORT HYBRID i-DCD bersama padanan transmisi tujuh kelajuan DCT dan motor elektrik berprestasi tinggi.

Model hibrid itu didakwa mampu mencatat penggunaan bahan api sekitar 27.2km/liter (JC08 mode). Sekali gus menjadi model paling jimat dan berkuasa berbanding mana-mana minivan di pasaran Jepun.

Honda-Freed-Freed-2017-Japan-mekanika (8)

Rangkaian kuasa itu kemudian dipadankan dengan sistem pacuan roda hadapan (FF) atau pacuan empat roda (4WD). Buat pertama kalinya, Honda ada menawarkan freed dalam versi hibrid 4WD dan model yang mesra kerusi roda.

Intelligent Power Unit (IPU) pada versi hibrid telah dikecilkan dan diletakkan di bawah barisan pertama tempat duduk (sebelum ini di baris ketiga tempat duduk). Hasilnya, ia dapat menawarkan ruang kabin lebih luas. Selain boleh dipasang dengan sistem pacuan empat roda buat pertama kalinya.

Honda-Freed-Freed-2017-Japan-mekanika (9)

Model kei-kar itu turut didatangkan dengan konfigurasi tempat duduk yang versatil demi memenuhi apa jua keperluan pengguna. Freed+  hadir bersama lantai kargo ultra rendah bagi memudahkan urusan mengangkut barang. Malah, ruang itu boleh dilipat rata dan cukup luas untuk tidur di dalamnya.

Bagi meningkatkan tahap keselamatan serta keyakinan pemandu, Freed dan Freed+ dilengkapi sistem bantuan pemanduan, Honda SENSING untuk beberapa varian terpilih.

Honda-Freed-Freed-2017-Japan-mekanika (6)

Jentera ini hadir dalam sembilan warna menarik termasuklah warna baharu iaitu biru dan kuning. Selain warna perak, putih, hitam, perak, merah dan coklat. Pelanggan juga boleh memilih warna dalaman sama ada beige, mocha atau hitam.

Harga Freed dan Freed+ bermula 1.88 juta yen (RM76,000) sehingga 2.78 juta yen (RM110,310) seunit. Honda mensasarkan untuk menjual 6,000 unit Freed dan Freed+ sebulan di Jepun.

Honda-Freed-Freed-2017-Japan-mekanika (5)

Honda Malaysia pernah menawarkan Freed di pasaran tempatan pada April 2010. Ia kemudian tampil dengan model facelift tiga tahun kemudian pada harga lebih murah iaitu bermula RM99,800 seunit.

Namun, berikutan sambutan yang kurang memberangsangkan, Honda Malaysia mengeluarkan model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Indonesia itu daripada senarai produk jualannya.

Share this post

scroll to top