HONDA N-BOX, KERETA BARU PALING LARIS DI JEPUN UNTUK 17 BULAN BERTURUT-TURUT

SHARE

Honda N-BOX menggunguli carta kenderaan baharu paling laris di Jepun untuk 17 bulan berturut-turut. 

Data industri yag didedahkan baru-baru itu menunjukkan N-Box mencatat jUalan 19,192 unit sepanjang Januari 2019, turun 0.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. 

Enam daripada 10 model terlaris di Jepun ialah model kei-kar yang dipasang dengan enjin bersesaran sehingga 660cc. Ia nyata mendapt sambutan hangat dalam kalangan ibu bapa muda. 

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Suzuki Spacia berada di tempat kedua dengan jualan 14,350 unit. Diikuti oleh Nissan Dayz dengan 13,541 unit.

Selain model kei-kar, kenderaan mesra alam turut mendapat maklum balas posistif daripada pengguna di Jepun.

Nissan Note dan model hibrid kompak Toyota Aqua menduduki tempat kelima dan kesembilan dengan jualan 11,448 dan 8,875 unit. 

Share this post

scroll to top