HONDA N-BOX PALING LARIS DI JEPUN TAHUN 2017 – CATAT JUALAN 218,478 UNIT

SHARE

Berdasarkan kepada data industri yang didedahkan semalam, N-Box bangkit dari tempat kedua pada tahun sebelumnya. Ini merupakan kali pertama model Honda menjuarai senarai sejak tahun 2002 menerusi Honda Fit (Jazz). 

Ranking tahun 2017 itu menunjukkan Toyota Prius berada di kedudukan kedua dengan jualan 160,912 unit. Diikuti oleh Daihatsu Move dengan 141,373 unit. Enam daripada 10 kenderaan teratas ialah kereta kompak yang dikuasakan oleh enjin sehingga 660cc.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Antara model tersebut ialah Nissan Note di tempat kelima dengan 138,905 unit dan Nissan Dayz (137,514 unit) untuk berada di kedudukan keenam. Angka ini membuktikan bahawa pengguna di Jepun memang gemarkan kenderaan kompak jimat bahan api dan mempunyai kos penyelenggaraan yang rendah.

Dalam perkembangan berkaitan, data daripada Persatuan Pengimport Kereta Jepun menyatakan jualan kereta jenama asing meningkat 3.7 peratus kepada 306,088 unit, paling tinggi dalam tempoh 21 tahun.

Peningkatan jualan itu didorong oleh pelancaran kenderaan dengan enjin diesel bersih dan berprestasi. Mercedes-Benz kekal menjadi peneraju menerusi jualan 68,221 unit. Diikuti oleh BMW (52,527 unit) dan Volkswagen (49,040 unit).

Share this post

scroll to top