Buletin

HONDA ODYSSEY GENERASI SETERUSNYA – AMBIL INSPIRASI LAKARAN KANAK-KANAK?

Honda Odyssey 2018 serba baharu dijangka melakukan debut pada acara North American International Auto Show, 9 Januari 2017.

Rekaan luaran dan dalaman MPV atau dipanggil minivan di pasaran Amerika Syarikat (AS) itu telah dirombak sepenuhnya. Ia juga akan menerima teknologi rangkaian kuasa baharu. Selain tampil dengan pelbagai ciri inovatif untuk kegunaan seisi keluarga.

2018 Honda Odyssey Teaser Scribble

Lakaran rasmi daripada Honda itu turut disertai dengan empat lukisan kanak-kanak daripada Pasukan Pembangunan Odyssey yang berpangkalan di Ohio, AS. Lakaran itu mewakili reka bentuk yang berani, muda dan futuristik.

Honda mengakui bahawa pihaknya lukisan itu boleh diaplikasikan bagi mengatasi pelbagai cabaran pada masa depan. Maka, banyak ujian dan sesi pengesahan perlu  dilakukan nanti.

2018 Honda Odyssey Teaser Scribble

Selepas lima generasi, Honda Odyssey berjaya memenuhi keperluan pengguna di AS  dengan konsisten. Ia menjadi minivan paling popular di sana selama enam tahun berturut-turut sejak 2010. Mula diperkenalkan pada tahun 1994, hampir 2.5 juta Odyssey telah terjual di AS.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button