BuletinMotosikal

HONDA RS150R 2017 KINI DENGAN 3 WARNA BAHARU

Selepas setahun dilancarkan, RS150R ternyata mendapat sambutan yang hangat di kalangan rakyat Malaysia. Secara purata lebih dari 2,000 unit RS150R terjual setiap bulan dan untuk menampung permintaan pasaran yang tinggi Boon Siew Honda (BSH) telah meningkatkan kapasiti pengeluaran bagi memastikan semua tempahan diserahkan secepat mungkin.

Namun itu tidak bermakna BSH hanya menyilang tangan berpuas hati dengan prestasi jualan yang tinggi. Untuk menyuntik sedikit elemen segar, BSH melancarkan Honda RS150R versi 2017 yang hadir dengan warna dan jalur baharu.

Enjin kekal sama tanpa perubahan iaitu DOHC 150cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Ini menawarkan tujahan kuasa 15.4 hp pada 9,000 rpm, manakala daya tork adalah 13.5Nm pada 6,500 rpm.

Honda RS150R 2017ditawarkan dalam tiga warna baharu: Edisi Trico, Merah ‘Candy (Candy Scintillate Red) dan Biru Mutiara (Pearl Nightfall Blue) dengan warna ekskulsif yang sedia ada, Edisi Repsol.

Harga yang disyorkan bermula dari RM 8,478.94 (Merah ‘Candy’ dan Biru Mutiara) dan RM 8,796.94 (Edisi Trico dan Repsol), termasuk GST (tanpa cukai jalan, insurans dan pendaftaran).

Model tersebut juga didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu).

BACA: TUNGGANG UJI: HONDA RS150R – JAGOAN HONDA SUDAH KEMBALI!!!

BACA: MOTOGP VERSI KAPCAI – MODIFIKASI “GILA” HONDA RS150R

Spesifikasi Teknikal Honda RS150R Baharu

Model RS150R
Engine Type / Jenis Enjin 149.16cc Liquid-Cooled 4-stroke, DOHC / 149.16cc Penyejuk Cecair, 4 Kitaran, DOHC
Bore X Stroke(mm) / Gerek & Lejang 57.3mm x 57.8mm
Compression Ratio / Nisbah Mampatan 11.3:1
Max.Power / Kuasa Kuda Maksimum 11.5kW @ 9,000 rpm
Max.Torque / Tork Maksimum 13.5Nm @ 6,500 rpm
Clutch Type / Jenis Klac Wet Multiplate / Multi Plat Basah
Transmission / Transmisi 6 Speed Manual  / 6 Kelajuan
Dimensions / Dimensi (LxWxH) (mm) 2,025 x 725 x 1,105
Wheelbase / Asas Roda (mm) 1,276
Curb Weight / Berat Keseluruhan (kg) 123kg
Fuel Tank Capacity / Muatan Tangki Petrol(ℓ) 4.5Liter
Suspension Type / Jenis Suspensi Front Axle: Telescopic / Teleskopik
Rear: Monoshock / Monosok
Tyres Size / Saiz Tayar Front: 90/80-17M/C (46P)
Rear:  120/70-17M/C (58P)
Google ads
Back to top button