HONDA SIAP SEDIA DENGAN CAFE RACE CBX1200 – ENAM SELINDER SEBARIS!

SHARE

Beberapa hari lepas terdedah imej ini, yang dikatakan paten rekabentuk daripada Honda. Dikatakan juga, Honda sedang membangunkan model ini dan akan melancarkannnya dalam tempoh selewat-lewatnya dua tahun lagi.

Seperti yang terlihat jelas dalam foto tiga dimensi di atas, sosok tubuh motosikal ini jelas dibina berdasarkan konsep sport retro atau klasik retro atau boleh juga ada sedikit kemasan cafe racer.

Ia akan dikenali dengan nama CBX1200 dan apa yang lebih mengejutkan, motosikal ini akan dipadankan dengan enjin enam selinder sebaris dengan sejukan udara.

BACA: TAHUKAH ANDA ASAL-USUL CAFE RACER?

Perincian motosikal ini agak jelas, dengan kedudukan selinder pembakaran menegak, kerangka tiub dan manifold keluaran ekzos di samping. saluran peredam bunyi diasing secara 3+3 seimbang di kiri dan kanan.

Penggunaan fairing hadapan berbentuk scoop memberi sedikit imej perlumbaan dan klasik yang nyata. Bar hendalnya juga berkedudukan agak rendah menjadikan ia saling tak tumpah seperti motosikal keluaran Eropah.

 

Jadi, mungkin ini agaknya motosikal Jepun yang cukup “berani” untuk berentap dengan BMW R Ninety dan Triumph Thruxton R.

Share this post

scroll to top