HONDA TAMATKAN PRODUKSI BRIO DI INDIA – MAHU MAKSIMUMKAN JUALAN AMAZE

SHARE

Honda dilapor telah menghentikan produksi model kompak Brio di India selepas tujuh tahun berada di pasaran. 

Honda Cars India, sebaliknya merancang untuk memaksimumkan jualan sedan Amaze yang menjadi model entry level Honda di sana. 

“Kami tidak merancang untuk membawa Brio generasi baru kerana sedan menjadi model paling laris di sini. Ini merupakan kitaran biasa yang biasa berlaku di setiap negara, cuma ia berlaku agak perlahan di India. 

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

“Secara teorinya, perubahan ini sepatutnya berlaku enam atau tujuh tahun lalu lagi,” kata Nab Presiden Kanan dan Pengarah Jualan dan Pemasaran Honda Cars India, Rajesh Goel. 

Honda melancarkan Brio pada tahun 2011 dan telah terjual sebanyak 97,000 unit sehingga kini. Ruang kosong yang diisi oleh  Brio akan diisi oleh Jazz dan WR-V.  

Pada tahun 2017, MPV Mobilio dihentikan jualannya kerana permintaan yang tidak memberangsangkan. Hanya 40,789 unit Mobilio berjaya dijual dalam tempoh tersebut.

Share this post

scroll to top