HONDA WINNER (RS150R ) VERSI PREMIUM DILANCARKAN DI VIETNAM

SHARE

Vietnam mempunyai pasaran motosikal kecil yang hampir mirip di Malaysia. Selain daripada skuter yang laris, motosikal moped underbone masih mendapat tempat di kalangan pembeli di sana. Justeru, tidak hairanlah, model-model “panas” seperti Yamaha Exciter (Y15ZR) dan Honda Winner (RS150R) sering jadi tumpuan.

Baru-baru ini, Honda VIetnam telah melancarkan Winner edisi premium.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Mobile

Ia adalah perubahan rekabentuk grafik dan warna yang paling besar sejak dilancarkan pada 2016. Model yang akan dikenali sebagai edisi 2019 ini didatangkan dengan warna badan hitam dan tan, yang digandingkan dengan kemasan rim berwarna emas.

BACA: TUNGGANG UJI HONDA RS150R 

Winner dipasangkan dengan enjin selinder tunggal sejukan cecair bentangan DOHC. Ia dipacu oleh kotak gear enam kelajuan. Spesifikasi dengan model Honda R150R Malaysia dan Honda Supra GTR 150 Indonesia tidak banyak berbeza.

 

Share this post

scroll to top