HONDA WR-V: ADA HARAPAN KE NAK MASUK MALAYSIA?

SHARE

Berikutan sambutan hangat ke atas SUV kompak, Honda telah mendedahkan model terbaharunya yang dikenali sebagai WR-Z untuk pasaran Amerika Selatan.

WR-Z bermaksud Winsome Runabout Vehicle. Ia dijangka dilancarkan pada acara Sao Paulo International Motor Show 2016 di Brazil pada 8 November depan.

Menurut Honda Brazil, jentera tersebut menampilkan reka bentuk lasak dan urban. Dibina berasaskan kepada platform Jazz, ia didatangkan dengan pacuan roda hadapan dan enjin petrol/ethanol sahaja.

Mitsubishi YE-Triton-Mrec-Desktop

Honda-WR-V-Jazz-based-mekanika

Dikenali dengan kod nama Honda 2FM, ia dibangunkan oleh pasukan R&D Honda Automoveis do Brasil, anak syarikat Honda Brazil berdasarkan kepada kajian ke atas keperluan pengguna di Amerika Selatan.

Buat masa sekarang, Honda Brazil turut menjual Honda HR-V. Maka, sudah pasti WR-V akan diposisikan di bawah model kompak tersebut.

Dijangka turut dijual pada tahun depan di pasaran India, Honda dikatakan tidak merancang untuk menawarkan WR-Z di pasaran Eropah. Namun, mungkinkah ia bakal diperkenalkan di Malaysia? Sama-sama kita tunggu.

Share this post

scroll to top