BuletinMotosikal

HONG LEONG YAMAHA MALAYSIA PANGGIL SEMULA YAMAHA YZF-R25 UNTUK PEMBAIKAN

Hong Leong Yamaha Malaysia melancarkan kempen panggil balik yang melibatkan model Yamaha YZF-R25 kerana masalah hos radiator dan kilasan spring yang rosak, yang berpotensi mengakibatkan kebocoran radiator.

Notis tersebut telah dimaklumkan menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam laman web rasmi mereka dan ia dibuat berikutan arahan yang dibuat oleh Yamaha Jepun pada 20 November yang lalu.

Yamaha akan menghantar notis individu kepada setiap pemilik YZF-R25 yang terlibat bermula pertengahan Januari 2019.

Setelah mendapat notis tersebut, pemilik motosikal dinasihat menghubungi pengedar Yamaha atau cawangan Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd untuk membuat temujanji penggantian komponen yang dimaksudkan.

Ini bukanlah kali pertama model ini menerima notis panggil balik untuk pembaikan. Pada Mac 2017, satu notis telah dikeluarkan untuk menggantian komponen mekanisme sub-suis (Sub-Switch Assy), braket tangki (Tank Bracket) dan pengikat tangki minyak (Bolt of Tank Cover).

BACA: NOTIS PANGGIL BALIK R25 TERBARU

Sila semak laman web rasmi Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd atau applikasi Yamaha Motor Malaysia untuk maklumat lanjut.

Berikut adalah produk yang terlibat;

Model Nombor casis komponen
YZF-R25 Semua unit dengan nombor casisPMYRG1510E

PMYRG1510F

PMYRG1510G 

dan unit dengan nombor

PMYRG1510H– hingga

0000000 to 0012240

Radiator Hose
Semua unit dengan nombor casis
PMYRG1510E

PMYRG1510F

Semua unit dengan nombor casis

PMYRG1510G-

0000000 to 0006758

Torsion Spring

 

 

 

Google ads
Back to top button