Buletin

HUKUMAN LEBIH TEGAS DI INDIA, PENJARA MINIMUM 7 TAHUN JIKA SEBABKAN KEMALANGAN

Kementerian pngangkutan India sedang merangka draf hukuman lebih berat kepada pesalah trafik. Khususnya yang menyebabkan kematian di mana jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sekurang-kurangnya tujuh tahun.

Di India, kemalangan jalanraya merupakan pembunuh nombor satu dan laporan tahunan memperlihatkan peningkatan menakutkan. 146,133 orang mati dalam 501,423 kemalangan yang direkodkan pada tahun 2015, peningkatan lebih 5 peratus berbanding tahun 2014.

BACA: HONDA NSX 2017 EKSIDEN DAN DILELONG

BACA: RANGE ROVER EVOQUE ORI LANGGAR EVOQUE KLON

Lebih setengah juta dari mangsa kemalangan ini juga dilaporkan cedera dan punca kemalangan menunjukkan lapan dari 10 kemalangan yang berlaku adalah akibat kelalaian pemandu yang mana 62 peratus adalah disebabkan kelajuan.

Peraturan lebih ketat dan undang-undang lebih tegas dirangka disamping memperbaiki infrastruktur jalanraya di sana. Kementerian Poengangkutan India mengakui, fasili jalanraya yang tidak diselenggara juga menjadi punca kemalangan yang semakin memburuk.

Selain itu, dianggarkan lebih 30 peratus pemang memiliki lesen memandu palsu akibat rasuah yang melibatkan jabatan terbabit.

India cuma mencatat anga 1 peratus sahaja pemilikan kenderaan di dunia tetapi menyumbang lebih 15 peratus kematian akibat kemalangan seperti yang dilaporkan oleh Bank Dunia.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button