HYPERCAR DEVEL SIXTEEN – 5,000hp, LAJU NI SYAITAN..

SHARE

Perlumbaan untuk menghasilkan jentera paling laju di dunia tidak pernah berakhir. Kalau ada firma yang menghasilkan jentera 2,000hp, lepas itu ada pula syarikat lain yang membina kereta berkuasa 3,000hp.

Kini, Devel Sixteen membuka mata ramai apabila berjaya membina sebuah jentera dengan kuasa mencecah 5,000hp. Ia dikuasakan oleh enjin quad turbo V16 bersesaran 12.3 liter yang dibina khas.

Sebelum ini, enjin tersebut dikatakan mampu menjana 4,000hp tetapi kini angka tersebut didakwa meningkat menjadi 5,000hp!

Walaupun foto enjin itu pernah didedahkan beberapa kali di internet, rupa sebenar hypercar berkenaan masih menjadi tanda tanya. Namun kini, sebagaimana yang anda boleh lihat, ia memiliki reka bentuk tipikal sebuah hypercar.    

Jentera ini sebenarnya dihasilkan oleh sebuah syarikat berpangkalan di Dubai yang bekerjasama dengan firma dari Itali, Manifattura Automobili Torino.

Untuk makluman, Manifattura Automobili Torino bukanlah nama asing kerana ia pernah terlibat dalam penghasilan dua supercar iaitu Scuderia Cameron Glickenhaus  SCG003 dan Apollo Intensa Emozione sebelum ini.

Hypercar ini dijangka membuat penampilan sulung pada acara Dubai Motor Show 2017.

(Visited 1,955 times, 3 visits today)

Share this post

scroll to top