Buletin

HYPERCAR ELEKTRIK DENDROBIUM D-1 BUAT PENAMPILAN PERTAMA DI HADAPAN ISTANA BLENHEIM ENGLAND

Pembuat hypercar elektrik dari Britain, Dendrobium Automotive Limited baru-baru ini membuat penampilan istimewa jentera pertamanya, Dendrobium D-1 di hadapan Istana Blenheim, di Oxfordshire, England.

Jentera elektrik sepenuhnya itu nyata mendapat perhatian ramai dalam parti ultra eksklusif Salon Privé 2018, termasuklah The Duke of Marlborough of Blenheim Palace.

Dibangunkan di UK dengan sokongan dan kepakaran daripada syarikat F1 Williams Advance Engineering, Dendrobium D-1 hanya seberat 1,750kg.

Menggunakan material seperti gentian karbon, aluminium dan kaca, model ini tampil unik dengan pintu Bio-Aerial Locomotion dan sistem bukaan bumbung yang diinspirasikan daripada bunga orkid Dendrobium. 

Pasukan Dendrobium sebenarnya telah melakar hypercar elektrik itu sejak pertengahan tahun 1990-an lagi. Memandangkan teknologi kereta elektrik semakin maju, Dendrobium melihat sekarang merupakan masa yang sesuai untuk menghidupkan kembali impian tersebut.

Dendrobium D-1 dilapor bakal dijana oleh rangkaian kuasa mencecah 1,800bhp. Perincian mengenainya akan diumumkan kelak. 

Google ads
Back to top button