Buletin

HYUNDAI IONIQ HYBRID SUDAH BOLEH DITEMPAH – RM130K

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mula menerima tempahan model IONIQ Hybrid yang bakal dilancarkan pada hujung tahun ini.

Kenderaan mesra alam itu dibina dengan Teknologi Blue Drive. Jentera itu bukan sahaja menawarkan kecekapan dan prestasi luar biasa, malah tampil dengan rekaan luaran serta dalaman yang menarik.

hyundai-ioniq-hybrid-booking-mekanika-4

“Biarpun ia sebuah model hibrid, Hyundai IONIQ menjanjikan pengalaman pemanduan yang mengujakan. Ia pasti dapat menarik minat mereka yang mahukan kenderaan berteknologi maju, berprestasi tinggi dan memiliki rekaan bergaya,” kata Pengarah Urusan HSDM, Lau Yit Mun

HYBRID : DISKAUN RM8K TOYOTA CAMRY HYBRID 

HYBRID : COROLLA HYBRID CATAT 1000KM

HYBRID : HONDA NSX- KERETA SPORTS HYBRID

Hyundai IONIQ Hybrid dikuasakan oleh enjin Kappa empat silinder 1.6 GDI yang dipadankan dengan motor elektrik berkapasiti 32kW (44 PS). Gabungan kuasa daripada bateri polimer lithium-ion itu membolehkan IONIQ Hybrid memiliki kuasa mencecah 141PS dan tork 265Nm.

hyundai-ioniq-hybrid-booking-mekanika-6

Kuasa itu disalurkan ke roda menerusi kotak gear automatik klac berkembar (6DCT) enam kelajuan. Ia menjanjikan prestasi yang responsif dan penukaran gear lancar.

IONIQ Hybrid memiliki rekaan yang menarik dan cukup aerodinamik dengan catatan pekali seretan cuma 0.24. Sedan yang saiznya hampir sama dengan model Elantra itu disifatkan sebagai antara kenderaan paling aerodinamik yang ada di pasaran sekarang.

hyundai-ioniq-hybrid-booking-mekanika-5

HSDM yakin pengenalan IONIQ Hybrid di Malaysia akan memberi manfaat kepada pelanggan di Malaysia kerana pengunaan bahan apinya yang begitu menjimatkan.

Pada Mei lalu, HSDM ada mempamerkan IONIQ Hybrid pada acara My Auto Fest 2016 di  Pusat Pameran & Konvensyen Antarabangsa MINES (MIECC).

Kini, sekali lagi anda boleh melihat IONIQ Hybrid secara dekat di Malaysia Autoshow 2016 yang berlangsung di lokasi sama mulai esok hingga 13 November 2016. Jika berminat, tempah sahaja di sana.

 

Google ads
Back to top button