Buletin

HYUNDAI KINI DI TEMPAT KEDUA PENGELUAR WRC 2017 SELEPAS M-SPORT!

Jika diperhatikan kebelakangan ini nampaknya sukan rali mendapat perhatian di kalangan netizen susulan penyertaan Proton IRIZ R5 yang menyertai acara Goodwood Festival of Speed. Jika diikuti garis masa, dunia WRC sekarang sudah melalui beberapa kitaran. 

Dari zaman group B ke era jentera Jepun seperti Mitsubishi Evolution dan Subaru Impreza, ke zaman Sebastien Loeb dan sehingga kini apabila Toyota kembali menyertai WRC.

Tetapi ada suatu yang lebih mengejutkan dan mungkin tidak dijangka-jangka. Di kedudukan kedua FIA WRC sekarang ini dalam kategori pengeluar ialah Hyundai Motorsport dengan 237 mata dibelakang M-Sport World Rally Team dengan 259 mata.

Peningkatan mata Hyundai yang tidak jauh dari M-Sport itu adalah susulan kemenangan Thierry Neuville dan Hayden Paddon di WRC Poland pada 2 Julai lepas. Kedua-dua mereka menggunakan jentera Hyundai i20 Coupe WRC. Ini adalah kemenangan 1-2 kedua buat pasukan selepas memenangi kedudukan yang sama semasa WRC Jerman pada tahun 2014

Dani Sordo yang turut memandu Hyundai menduduki tempat keempat menjadikan keputusan ini yang paling berjaya dalam rekod pasukan.

Tempat pertama yang dimenangi Thierry adalah kali keenam buat Hyundai Motorsport sejak 2014 dan podium berganda ketujuh buat pasukan.

Dalam pusingan rali kali ini, Hyundai memenangi 12 dari 22 peringkat perlumbaan (SS) keseluruhan dan paling dramatik sekali ialah pertarungan sengit di antara Thierry dan Ott Tanak dari M-Sport pada hari terakhir perlumbaan.

BACA: DEBUT DUNIA SUV HYUNDAI KONA

Thierry sebenarnya sudah ketinggalan pada SS1 tetapi nasib menyebelahi beliau apabila Ott Tanak terkeluar dari perlumbaan pada SS21.

Thierry terus berlumba keras dan jauh satu minit lebih berbanding rakan sepasukan Hayden Padden yang turut meraih faedah apabila naik ke tempat kedua selepas insiden yang menimpa Ott Tanak.

Baki lagi dua SS diteruskan dengan berhati-hati bagi menjamin kedudukan 1-2 Hyundai Motorsport. Pungutan mata yang diperoleh oleh pengeluar dari Korea Selatan itu menjadikan mereka hanya 22 mata di belakang M-Sport dengan baki lima lagi pusingan.

Pusingan seterusnya ialah Rally Finland yang bakal berlangsung dari 27 – 30 Julai. Hyundai Motorsport masih belum memenangi sebarang podium di ‘tanah bertuah’ rali dunia itu.

BACA: PROTON PUTRA WRC, PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI…

Berikut ialah keputusan akhir – Rally Poland 2017

1 T. Neuville N. Gilsoul Hyundai i20 Coupe WRC 2:40:46.1
2 H. Paddon S. Marshall Hyundai i20 Coupe WRC +1:23.9
3 S. Ogier J. Ingrassia Ford Fiesta WRC +2:20.8
4 D. Sordo M. Martí Hyundai i20 Coupe WRC +2:47.4
5 S. Lefebvre G. Moreau Citroën C3 WRC +3:11.8
6 T. Suninen M. Markkula Ford Fiesta WRC +3:16.8
7 M. Østberg O. Floene Ford Fiesta WRC +3:39.6
8 E. Evans D. Barritt Ford Fiesta WRC +4:39.1
9 A. Mikkelsen A. Jaeger Citroën C3 WRC +4:43.5
10 J. Hänninen K. Lindstrom Toyota Yaris WRC +4:53.7

Kedudukan poin terkini kategori pemandu FIA WRC 2017 

1 S. Ogier 160
2 T. Neuville 149
3 J.M Latvala 112
4 O. Tanak 108
5 D. Sordo 82
6 E. Evans 57
7 H. Paddon 51
8 C. Breen 43
9 J. Hänninen 30
10 K. Meeke 27

Poin terkini kategori pengeluar – FIA WRC 2017

1 M-Sport World Rally Team 259
2 Hyundai Motorsport 237
3 Toyota Gazoo Racing World Rally Team 153
4 Citroën Total Abu Dhabi World Rally Team 117

*Keputusan akhir berdasarkan pengesahan FIA kelak

Google ads
Back to top button