Buletin

HYUNDAI MAHU BINA KERETA LEBIH CANTIK, LEBIH SEKSI DARI ALFA ROMEO

Jika rekabentuk kenderaan seksi dirujuk, ALfa Romeo pasti berada pada senarai teratas. Pembuat kereta Itali itu telah menghasilkan “karya’ yang lebih dari sekadar sebuah kereta. 

Tapi bukan itu yang nak diceritakan. Hyundai, pembuat kereta dari Korea telah meletakkan tanda aras sama dengan mendakwa bahawa kereta-kereta keluaran mereka pada masa akan datang akan dibina lebih seksi dari sebuah Alfa.

BACA: KETUA  BMW M SERTAI HYUNDAI

Beberapa tahun kebelakangan ini, Hyundai sudah berani menghasilkan rekaan yang di luar kebiasaan. Mereka menggunakan prinsip “Sensuous Sportiness” sepertimana kenderaan konsep  Le Fil Rouge pada Geneva Motor Show yang lalu dan menjelaskan bahawa inilah yang akan jadi realiti Hyundai pada masa akan datang.

Syarikat dari Korea Selatan itu memberitahu mereka akan mengadaptasi falsafah rekabentuk Russia supaya kelihatan unik. Hyundai mahu kenderaan mereka lebih beremosi sepertimana garis badan pada model-model ALfa Romeo.

Bercakap dengan pemberita, Naib Presiden Rekabentuk Hyundai memberitahu, mereka mahu orang mengenali Hyundai sebagai pembuat kereta yang menarik dalam tempoh 10 tahun akan datang.

“Hyundai akan membina kereta yang seksi. Lebih seksi dari Alfa Romeo,” beliau menambah

Google ads
Back to top button