Buletin

HYUNDAI PERKENAL i30N – 271HP UNTUK MENENTANG CIVIC TYPE-R (DAN GOLF GTi)

Hyundai sememangnya serius untuk bersaing berdepan dengan model-model mainstream. Mereka cipta Genesis untuk pasaran mewah, mereka buat Ioniq untuk rebut pasaran hybrid yang dimonopoli Toyota Prius. Hyundai jugaada rangkaian SUV yang canggih, pelbagai saiz dan pasaran. Mereka juga ada MPV, kereta kompak dan setiap barisan produk mereka mampu berdepan dengan pesaing dalam kategori yang sama.

Namun, pembuat kereta dari Korea ini kekurangan satu lagi DNA, kereta laju. Ketika Kia sudah menampilkan GT model Stinger, Hyundai ambil langkah berlainan, membina sub kompak hatchback untuk bersaing dalam liga lebih besar.

Segmen hatch C ini dihuni oleh Volkswagen Golf GTi, Ford Focus ST, Renault Megane RS dan terbaru – raja Nurburgring, Honda Civic Type-R.

BACA: KONSEP HYUNDAI RN30 BAKAL JADI KENYATAAN 

Kedengaran seperti Saiful Apek nak melawan Bocey, tapi nanti dulu. Hyundai i30N ini datang dengan enjin 271 hp dan lebih mengejutkan, ia bertransmisi manual enam kelajuan.

Ia direka di bawah sayap pembangunan berprestasi tinggi Hyundai baru yang dikenali sebagai N Performance. Tapi, Dari mana pula datangnya N Performance ni? Adakah serupa Nismo atau TRD? (bukan Vios TRD tau)

N Performance lahir dari ilham manusia ini – Albert Biermann. Beliau individu paling layak mengemudi unit penting bagi masa depan Hyundai. Biermann berpengalaman luas dan merupakan bekas Pengarah BMW bahagian M Division.

Hyundai i30N dibina bedasarkan platform i30 dan dipasangkan dengan enjin 2.0 T-GDi empat selinder. Ia mampu menghasilkansejumlah 247bhp pada 6000rpm dan 260 paun tork pada 1450-4500rpm.

Tapi nanti dulu. Ini adalah model asas. i30N juga didatangkan dengan pilihan Performance Pack yang menawarkan kuasa sehingga 271 kuasa kuda dengan pecutan 0- 62 batu sejam dalam masa 6.1 saat – menjadikan ia model terpantas pernah dihasilkan Hyundai.

Walaupun agak lewat memperkenalkan kereta berprestasi tinggi, Hyundai i30N hadir dengan pakej yang cukup menarik. Ia dilengkapi fungsi pilihan lima mod pemanduan iaitu Eco, Normal, Sport, Sport N dan N Custom yang dikawal dengan menggunakan dua butang pada roda stereng.

Talaan ini membolehkan pemandu mendapat kesesuaian masing-masing. Setiap mod ini memberi tahap penyesuaian suspensi yang berbeza, respon enjin dan juga err… bunyi ekzos. Ya. bunyi ekzos juga boleh pilih.

Lebih menarik lagi, pemandu boleh membuat penalaan sendiri menerusi mod N Custom. Contohnya, membenarkan suspensi kereta dalam keadaan selesa tetapi dengan kuasa enjin buas.

Kereta ini juga menampilkan sistem penyesuaian putaran enjin (rev-matching system) di mana pendikit throttle akan melonjak sedikit bila gear ditukar (seperti pada model Nissan 370Z). Ia juga ada mod kawalan pelancar (launch control)

Jentera ini telah menjalani ujian sejauh 10,000 kilometerdi litar Nürburgring Nordschleife. Selain kuasa, aspek aerodinamiknya juga telah dipertingkatkan. Kit kemasan pada bampar hadapan dan diffuser belakang menjadikannya 4mm lebih rendah dari model i30 biasa. Ia dipasangkan dengan ekzos dua tip dan model tertinggi didatangkan dengan rim standard 19 inci dengan tayar Pirelli P-Zero.

Menurut sumber, kereta ini akan dipasang di kilang Hyundai di Republic Czech dan akan memasuki pasaran menjelang penghujung 2017. Tiada harga dinyatakan, namun ramai menganggarkan ia berada sekitar 25,000 pound sterling (RM140,000), sama seperti Ford Focus ST.

 

 

 

GALERI

 

Google ads
Back to top button