HYUNDAI SONATA MENANGI ANUGERAH BELIAN TERBAIK OLEH U.S NEWS

SHARE

Hyundai Sonata memenangi anugerah  “Best Midsize Car for the Money” oleh penerbitan U.S. News & World Report di Amerika Syarikat. Ia menjadikannya kemenangan kedua Hyundai dalam tempoh 3 tahun semenjak diperkenalkan.

Sonata berentap dengan 18 lagi model lain dalam kategori sedan bersaiz sederhana. Kemenangan dinilai dari pelbagai aspek seperti teknologi, saiz ruang dalaman, ruang bagasi dan juga dengan harga paling murah dalm segmennya.

BACA: PIKAP HYUNDAI UNTUK AUSTRALIA

“Pengiktirafan oleh U.S. News & World Report ini membuktikan komitmen kami membina kereta yang berbaloi dengan nilai wang yang pengguna bayar,” ujar Brandon Ramireza, Pengurus Perancangan Produk, Hyundai Motor Amerika.

Ratusan pengkritik automotif profesional dalam penilaian tahunan yang dijalankan oleh jurnal ini. Ia menggabungkan data yang dikeluarkan oleh TrueCars.com melibatkan kos pemilikan secara keseluruhan sesebuah kereta.

Di Malaysia, Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) anak syarikat Sime Darby Motors merupakan pengimport dan pengedar kenderaan jenama Hyundai. HSDM kini mengedarkan model-model terkini seperti i10, i30, Elantra, Sonata, Veloster, Tucson, Santa Fe, Grand Starex Royale dan Hyundai Genesis.

BACA: PANDU UJI HYUNDAI IONIQ

BACA: HYUNDAI RN30 HOT HATCH PENENTANG TYPE R

 

(Visited 89 times, 2 visits today)

Share this post

scroll to top