IMEJ NISSAN SYLPHY BAHARU TERDEDAH

SHARE

Walaupun Nissan Sylphy di negara kita macam nampak gelap betul masa depannya, sebenarnya model sedan segmen C ini sangat penting bagi pasaran global Nissan.

Baru-baru ini terdedah imej terbaru Nissan Sylphy yang dikenali di sesetengah pasaran sebagai Sentra. Ia akan jadi model generasi ke-sembilan Sylphy/Sentra

Dari foto yang bocor kita dapat melihat Sentra baru didatangkan gaya yang serupa dengan Teana dan Maxima yang baru. Sentra baru ini lebih rendah, lebih luas, dan lebih panjang daripada model semasa.

New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Dari segi dimensi, kereta ini 183.1 inci panjang, 71.4 inci lebar, dan 57 inci tinggi dengan roda jarak 106.7 inci (0.47 inci lebih lama daripada model sebelumnya). Sentra juga dipadankan dengan gril V-Motion yang merupakan signatur Nissan baru dan lampu LED berbentuk boomerang dengan DRL.

Kita juga boleh melihat dua jenis roda yang berlainan – Rim yang lebih “asas” dan roda dua tona yang lebih sporti untuk trim premium.

Adakah model ini akan masuk ke Malaysia? Entahlah dik. Pemeriksaan kami ke laman web Nissan Malaysia mendapati Sylphy tidak lagi diiklankan. Mungkin Edaran Tan Chong MOtor (ETCM) telah terputus hubungan dengan Nissan Jepun.

Atau mereka sedang duduk goyang kaki menunggu pelanggan beli X-Trail dan Serena. Biasalah, ETCM, macam baru kau kenal pulak kan.

KREDIT FOTO: ALMURABA.NET

GALERI

Share this post

scroll to top