BuletinMotosikal

IMEJ TERHAMPIR YAMAHA YZF-R25 HASIL LAKARAN IMAGINASI MAJALAH YOUNG MACHINE

Umum mengetahui bahawa Yamaha akan memperbaharui YZF-R25. Model ini tidak menerima pembaharuan besar sejak diperkenalkan pada 2014. 

Ketika kebanyakan jentera baru Yamaha sudah menjalani tingkat taraf yang ketara, sudah sampai masanya R25 juga mendapat perubahan drastik bagi meletakkan sebaris dengan pesaing mereka Kawasaki NInja 250R, Suzuki GSX-250R dan Honda CBR250RR generasi baru.

BACA: SPYSHOT R25 FACELIFT

Terbaru, majalah permotoran dari Jepun, Young Machine “menyusun” barisan siri YZF mereka yang terdiri dariapda R1 dan R6. Dalam edisi terbaru itu juga, Young Machine membuat lakaran yang kami rasa paling hampir dengan imej R25 akan datang.

Imej ini dilakar berdasarkan beberapa foto intipan yang diperolehi sebelum ini. Mereka membayangkan bahawa R25 akan menjadi sebahagian DNA YZF siri R moden dari Yamaha. Rekabentuk keseluruhan model ini juga mirip dengan abang-abangnya yang lebih besar.

Jika diteliti, kita akan dapat melihat perubahan nyata pada spesifikasi berikut;

  • Lampu hadapan terpisah dengan fungsi LED
  • Suspensi hadapan jenis Upside Down (USD) yang diberi kemasan warna emas
  • Perubahan bahagian belakang dengan menampilkan “ekor” lebih aerodinamik seperti ada lubang saluran udara.
  • Kelongsong udara di bahagian tengah antara lampu hadapan. Jika mengikut standard industri, ia adalah lubang kemasukan udara ke bahagian intake yang bertindak sebagai RAM AIR.
  • Bahagian kerangka nampaknya tak berubah secara signifikan dan kelihatan sisik di bahagian fairing kurang liang udara berbanding model semasa.

Jadi, bilakah model ini akan diperkenalkan?

Mengikut hemat kami, ia akan diperkenalkan di Indonesia terlebih dahulu. Selewat-lewatnya pada separuh pertama pada tahun hadapan. Seperti lazimnya, ia akan masuk ke pasaran Malaysia sekitar tujuh hingga lapan bulan selepas pengenalan di Indonesia.

 

 

Google ads
Back to top button