IMEJ PALING JELAS SETAKAT INI. TOYOTA SUPRA BAHARU

SHARE

Projek Toyota Supra ini bukanlah satu rahsia lagi. Ia telah dibina berdasarkan kerjasama dengan BMW yang akan menghasilkan roadster versi Z4. 

Setelah beberapa ujian, pameran dan prototaip didedahkan, buat pertama kalinya, imej tanpa pelekat samaran berjaya diperolehi oleh laman web SupraMKV forum . Ia imej paling jelas setakat ini dan daripada apa yang dapat anda lihat, rekabentuknya mirip dengan beberapa gambar intipan yang diperolehi sebelum ini.

Lama sebelum projek kereta ini jadi kenyataan, Toyota membangunkan versi konsepnya yang dikenali sebagai FT-1. Ia adalah sebagai kesinambungan legasi Toyota yang mahu menghasilkan kereta sports mampu milik bagi peminat mereka. Sejak penamatan pengeluaran JZA80 Supra pada 2002, Toyota tiada pasaran kereta sports coupe dua pintu pacuan belakang – hanya ada Toyota 86 yang menggunakan platform Subaru.

Setakat ini, belum ada pengesahan atau maklumat kukuh jenis enjin yang akan digunakan. Begitupun ramai yang menyebut bahawa ia akan dipadankan dengan enjin enam selinder sebaris.

Cuma yang mungkin tidak enak ialah, ia mungkin tiada lagi pilihan transmisi manual.

Kereta ini akan dilancarkan secara rasmi pada tahun hadapan. DIjangkakan akan diperkenalkan di Detroit Motorshow, AS bulan Januari nanti.

 

Share this post

scroll to top