INFINITI Q50

SHARE

Model produksi pertama sedan sports premium serba baharu, Infiniti Q50 keluar daripada saluran pengeluarannya secara rasmi di kilang Tochigi, Jepun minggu lalu. 

Majlis tersebut diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co. Ltd., Carlos Ghosn dan Presiden Infiniti Motor Company, Johan de Nysschen.

71490inf-a

Q50 ialah produk pertama kenderaan Infiniti generasi baharu. Ia dilihat telah menetapkan satu penanda aras yang baru dari segi gayaan beremosi, teknologi tercanggih dan prestasi.

Dipertontonkan kepada umum pada North American International Auto Show di Detroit, Amerika Syarikat Januari lalu, Q50 ialah model penting bagi rangkaian baharu produk Infiniti.

DSC02948

“Terima kasih kepada kemahiran dan fokus berterusan terhadap peningkatan pretasi, Tochigi sememangnya memiliki reputasi di peringkat gobal dalam menghasilkan kenderaan berkualiti tertinggi.

“Dengan Q50, kakitangan di kilang Tochigi sekali lagi menunjukkan kemahiran dan kepakaran mereka, selain membuktikan kuasa monozukuri Jepun,” kata Ghosn.

70232inf_Q50-Exterior-Profile

Q50 merupakan pemula kepada portfolio produk baharu Infiniti di bawah  struktur nama “Q” yang dilancarkan pada Disember tahun lalu.

“Infiniti pertama dalam rangkaian produk baharu kami mestilah menyerlahkan nilai utama jenama iaitu rekaan yang menggoda, perincian, ketepatan dalam aspek kemasan, prestasi dan cabaran provokatif terhadap status quo. Q50 memang membuktikan semua itu. Ini adalah langkah pertama dalam pelan pengembangan global kami,” kata De Nysschen.

Infiniti Red Bull Racing Filming Day

Selaku Pengarah Prestasi Infiniti, Sebastian Vettel yang juga juara dunia tiga kali Formula One memainkan peranan penting dengan menguji dan melakukan program penilaian ke atas Q50.

“Saya berbesar hati kerana terlibat dalam proses pembangunan Q50. Saya doakan kejayaannya pada masa akan datang,” katanya dalam satu video kepada pasukan produksi di kilang Tochigi. Vettel juga akan membantu dalam membentuk prestasi dinamik model-model Infiniti pada masa depan.

Pengedar kenderaan Infiniti di Malaysia, Inspired Motor Sdn. Bhd. mengesahkan bahawa ia bakal memperkenalkan Q50 ke pasaran tempatan.

Galeri

 _DSC1270_DSC1281_DSC130570232inf_Q50-Exterior-Rear-3_470232inf_Q50-Interior-Close-Up70998inf2014 Infinti Q502014 Infinti Q50

(Visited 134 times, 6 visits today)

Share this post

scroll to top