Buletin

INFINITI Q50 – BERMULA RM248,800

Berita baik untuk bakal pembeli kereta premium. Infiniti baru sahaja melancarkan sedan sports Q50 di INFINITI Center Kuala Lumpur baharu yang terletak di bangunan The Icon, Jalan Tun Razak. 

SONY DSC

Diimpot dari Jepun, sedan sports premium itu didatangkan dalam tiga varian iaitu Q50 2.0T GT, Q50 2.0T GT Premium dan Q50S 3.5 Hybrid. Lebih menarik lagi, harga yang ditawarkan cukup kompetitif. Ia boleh anda miliki pada harga RM248,800 untuk model Q50 2.0T GT, RM278,800 (Q50 2.0T GT Premium) dan RM398,800 bagi varian tertinggi, Q50S 3.5 Hybrid (di atas jalan tidak termasuk insurans).

“Kami yakin Infiniti Q50 baharu bakal mengukuhkan kehadiran kami dan terus membangunkan jenama ini di Malaysia. Infiniti Q50 baharu akan menawarkan prestasi yang diinginkan oleh para pelanggan menerusi bahasa rekaan baharu, pertukangan penuh ketelitian dan teknologi-teknologi inovatif,” kata Pengarah Asia dan Oceania, Infiniti Motor Company Limited, Dane Fisher.

SONY DSC

Dengan pengenalan Q50, Infiniti yakin dapat menggandakan jualannya kepada 200 unit menjelang tahun fiskalnya yang berakhir pada Mac tahun depan.

Kenderaan Infiniti sering dikenali kerana perkadaran dan penampilannya yang luar biasa, Infiniti Q50 baharu menambah satu dimensi baharu yang menyerlahkan pengaruh bahasa rekaan Infiniti yang menarik.

SONY DSC

Rekaan luaran Infiniti merangkumi gril berbentuk gerbang berkembar penuh kuasa, gelombang garis sisi yang dinamik serta tiang C dengan bentuk bulan sabit. Bahagian hadapan pula tampil agresif dengan fascia yang sporty.

Q50 dikuasakan oleh enjin turbo empat silinder pancitan terus bersesaran 2.0 liter yang responsif dan bercekapan tinggi. Enjin ini mampu menawarkan kuasa sehingga 211hp dan tork 350Nm. Rangkaian kuasa itu membolehkannya memecut dari 0 – 100km/j dalam tempoh 7.2 saat. Dari aspek penggunaan bahan api pula, setiap satu liter petrol mampu bergerak sejauh 13.6 km. 

SONY DSC

Varian Q50S 3.5 Hybrid dijana oleh unit enjin 3.5 liter V6 dengan teknologi Direct Response Hybrid Infiniti. Gabungan enjin petrol 3.5 liter V6 dan kecekapan motor elektrik kompak bersama bateri lithium-ion berkuasa 67hp berupaya menghasilkan kuasa mencecah 364hp dan tork mengagumkan sehingga 546Nm.

Kombinasi sistem tersebut menawarkan tindak balas yang mengujakan apabila kelajuan 0-100km/j mampu dicatat dalam tempoh 5.1 saat sahaja. Kadar penjimatan bahan apinya juga begitu mengagumkan iaitu 16.1km/l.

SONY DSC

Pengarah Prestasi Infiniti, Sebastian Vettel  yang juga juara dunia F1 sebanyak empat kali turut membantu dalam pembangunan Infiniti Q50. Beliau menawarkan kepakarannya dalam memastikan sports sedan ini memiliki aspek dinamik yang terbaik.

Teknologi termaju pada Infiniti Q50 dapat dilihat pada penggunaan sistem steer-by-wire pertama di dunia iaitu Direct Adaptive Steering (DAS) yang dibangunkan selepas penyelidikan selama lebih 10 tahun.

SONY DSC

DAS menawarkan pemanduan selesa, selamat dan ketepatan stereng yang belum pernah ditawarkan sebelum ini. Satu lagi ciri yang pertama seumpamanya di dunia ialah Active Lane Control (ALC). ALC menggunakan teknologi berasaskan kepada kamera untuk meningkatkan kemampuan keselamatan dan memastikan Q50 sentiasa berada di laluan yang betul.

SONY DSC

Ruang kabin Infiniti Q50 menawarkan gabungan tekstur tiga dimensi yang penuh kuasa, pertukangan terbaik dan kualiti premium. Sistem kawalan Infiniti InTouch yang terdiri daripada skrin sentuh berkembar yang intuitif. Sistem tersebut berperanan mengawal audio, suhu, komunikasi dan tetapan kenderaan.

Bagi menawarkan kualiti bunyi terbaik, jentera ini dilengkapi sistem audio premium Studio on Wheels® baharu daripada Bose® yang mempunyai 14 unit pembesar suara.

SONY DSC

Infiniti Drive Mode Selector pula membolehkan pemetaan enjin dan transmisi diubah suai. Sementara ciri maklum balas stereng dan Around View Monitor (teknologi 4 kamera) memastikan Infiniti Q50 dapat memenuhi atau melangkaui keperluan pelanggan kenderaan premium di Malaysia.

SONY DSC

Model Q50 2.0T GT dilengkapi dengan spesifikasi berikut:

  • Rim aloi aluminium bersaiz 17 inci, lima jejari berkembar dengan tayar run-flat (mampu digunakan walaupun ketika pancit) yang berprestasi tinggi
  • Lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang (Daytime Running Lights, DRL) bersepadu
  • Monitor Pandangan Belakang dengan sistem sonar pada bahagian hadapan dan belakang
  • Tempat duduk kulit dengan tempat duduk kuasa di hadapan dan fungsi memori
  • Kunci pintar (Intelligent Key, I-Key) dengan akses sentuhan dan memori yang telah dipertingkatkan

SONY DSC

Penambahan pada Q50 2.0T GT Premium:

  • Rim aloi aluminium bersaiz 18 inci, tujuh jejari dengan tayar run-flat (mampu digunakan walaupun ketika pancit) yang berprestasi tinggi
  • Direct-Adaptive Steering (DAS) dengan Active Lane Control.
  • Sistem audio premium Studio on Wheels® by Bose® yang terdiri daripada 14 unit pembesar suara dengan BOSE AudioPilot 2.0® dan CenterPoint 2.0®.
  • Ciri-ciri keselamatan seperti, Predictive Forward Collision Warning (PFCW) dan Forward Emergency Braking
  • Lane Departure Prevention (LDP) dan Blind Spot Intervention (BSI)
  • Around View Monitor (AVM) dengan Moving Object Detection

infiniti Q50

Penambahan pada Q50S 3.5 Hybrid:

  • Rim aloi aluminium bersaiz 19 inci, lima jejari dengan tayar run-flat (mampu digunakan walaupun ketika pancit) yang berprestasi tinggi
  • Sistem brek dan suspensi talaan sport
  • Paddle shifter magnesium solid pada stereng
  • Bampar hadapan sport
  • Tempat duduk sport berkuasa
  • Pedal-pedal dan perehat kaki disadur aluminum
  • Bumbung kaca dengan gelongsor kuasa

SONY DSC

Penampilan luaran Q50 dilengkapkan dengan pilihan tujuh warna iaitu putih, perak, biru, kelabu, coklat tembaga, merah dan hitam. Ia turut hadir bersama teknologi cat tahan calar Scratch Shield.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button