Buletin

INFINITI TEMBUSI PASARAN JEPUN

Selepas memberi petunjuk sejak awal tahun lalu, Nissan Motor Co. akhirnya mengumumkan bahawa ia akan menjual kenderaan jenama mewahnya, Infiniti di pasaran Jepun. 

Langkah itu dibuat bagi memenuhi permintaan terhadap model mewah. Selain ingin bersaing dengan jenama Jerman seperti BMW, lapor agensi berita Nikkei semalam.

infiniti new (4)

Nissan memulakan inisiatif itu dengan memperkenalkan model Skyline yang telah direka semula dan menggunakan lencana Infiniti seawal musim sejuk ini.

Skyline tersebut dijual sebagai Infiniti Q50 di pasaran Amerika Syarikat pada harga AS$36,700  atau 3.6 juta Yen (RM116,595). Harga dan sasaran jualan di pasaran Jepun bagaimanapun masih belum ditetapkan. Proses pemasangan jentera tersebut akan dilaksanakan di kilang Nissan di Tochigi, Jepun.

2014 Infinti Q50

Nissan didakwa akan menjual kenderaan Infiniti di pusat pengedaran Nissan sedia ada. Buat masa sekarang, ia tidak merancang untuk menubuhkan satu rangkaian jualan khas untuk Infiniti. Barisan model Infiniti juga bergantung kepada jumlah jualannya.

Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co., Carlos Ghosn menetapkan sasaran keuntungan yang baru buat Infiniti. Sejak beberapa tahun lalu, jenama mewah itu tidak menyumbang kepada keuntungan operasi Nissan berikutan nilai Yen yang kukuh.

infiniti new (3)

Infiniti yang kebanyakannya dikilangkan di Jepun dan diimport ke luar negara menyumbang kurang daripada satu peratus ke atas keuntungan operasi Nissan sejak dua tahun lalu.

2014 Infinti Q50

Namun, Infiniti dijangka mula mencatat keuntungan pada tahun fiskal kali ini akibat nilai Yen yang kian menyusut. Perkembangan itu akan membantu Infiniti mengurangkan kos penghasilan Q50, jelas Presiden Infiniti, Johan de Nysschen ketika memberitahu agensi berita Reuters dalam satu temu ramah di Frankfurt Motor Show bulan lalu.

infiniti new (5)

De Nysschen meramalkan Infiniti akan mencapai margin keuntungan operasi yang disasarkannya iaitu sekitar enam hingga tujuh peratus menjelang Mac 2014. – Agensi

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button