INGINKAN KELAINAN? INI KIT RETRO PERLUMBAAN UNTUK KAWASAKI ZRX1200

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

SHARE

Kawasaki ZRX1200 mungkin merupakan motosikal berkapasiti atas 1000cc yang menarik untuk dimiliki di pasaran terpakai hari ini. Ia bukan sahaja terbukti lasak dan berteknologi Jepun, harga pasaran model ini jauh lebih rendah berbanding kategori sportbike dalam kelasnya.

Dan ia bukan sahaja bergaya dengan keadaan asal, banyak tuner luar negara menghasilkan kit badan khusus untuk mengubah rupa motosikal ini.

Nak jadikannya cafe racer? klasik? sport klasik? tinggal sediakan wang hantarannya sahaja. Kebanyakannya boleh dipesan dari dalam talian dan ia akan sampai ke pintu rumah anda pada bila-bila masa.

BACA: KAWASAKI Z900RS-IMBAU KENANGAN ZEPHYR

Salah satu pembina ZRX yang terkenal ialah Doremi. Syarikat yang berpangkalan di Jepun ini telah menghasilkan pelbagai replika kit badan untuk ZRX dan antara yang menarik perhatian ialah Endurance kit yang digelar KR Style.

Seperti yang dapat dilihat, ia adalah replika motosikal pelumbaan era 80-an dan 90-an yang menampilkan lampu utama berkembar, tangki bersegi dan ekor petak.

Rekaan badan juga kelihatan selari dengan bellypan bersegi serta fairing hadapan yang dibuat lebih labuh, menutup bahagian atas selinder enjin.

Doremi juga mengekalkan skema warna kegemaran Kawasaki iaitu hijau dan putih bersama pelana lurus yang tipis.

Pendek kata, kalau Abang Japar ada ZRX1200 sebuah di rumah, tanpa ragu-ragu lagi Abang Japar akan pesan kit ni sebuah!

 

 

Share this post

scroll to top