INI MEMANG CANGGIH-NISSAN CIPTA ALAT KAWALAN MINDA KENDERAAN

SHARE

Satu perkara yang pasti tetang masa hadapan dunia automotif yang kritikal ialah berkenaan penggunaan bahanbakar bakal digantikan tenaga boleh diperbaharui. Kemudian, kebergantungan kepada manusia akan semakin kurang di mana teknologi autonomous sedikit demi sedikit akan menggantikan kemahiran manusia mengendalikan kenderaan.

Nissan memperkenalkan teknologi terbaru mereka yang dikenali sebagai “teknologi minda ke kenderaan”.

Ketika ramai meramalkan kereta autonomous akan mengambilalih fungsi manusia sebagai pemandu, Nissan melihatnya dari sudut berbeza. Mereka percaya integrasi manusia masih diperlukan, namun mekanismenya disingkatkan.

Dari otak terus kepada sistem pemanduan itu sendiri. Nissan akan mempamerkan teknologi ini dalam Pameran Elektronik Konsumer yang akan diadakan di Las Vegas tidak lama lagi.

Dengan memakai modul kepala, teknologi yang direka ini akan mengawasi gelombang otak dengan membuat jangkaan tindakan seperti menukar arah kawalan stereng, memcut atau berhenti.

Sistem ini kemudiannya akan diintegrasikan dengan sokongan pemanduan autnomous dan bertindak 0.2 saat hingga 0.5 saat lebih pantas dari kawalan manual pemandu. 

Menurut Nissan, teknologi ini boleh dipasangkan pada kenderaan autonomous dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang.

“Bila bercakap tentang pemanduan autonomi, kebanyakan orang melihatnya sebagai peralihan sepenuhnya kawalan dari manusi kepada mesin,” Ujar Daniele Schillaci, Naib Presiden Eksekutif Nissan. 

“Bagaimanapun, teknologi kami melakukan sebaliknya. “Teknologi minda ke kenderaan” kami menggunakan isyarat dari otak pemandu kepada kenderaan, menjadikannya lebih seronok. Teknologi ini juga membenarkan kenderaan mengawasi “mood” pemandu dan melarasnya mengikut cara pemanduan.

 

 
 

Share this post

scroll to top