BuletinModifikasi

INI MEMANG KEJAM – TOYOTA GT86 DENGAN ENJIN NISSAN GTR

Toyota 86 merupakan fenomena baru di kalangan kaki kereta dan kaki ubahsuai kereta di seluruh dunia. Di luar Asia Tenggara, kereta ini dianggap bahan mainan kerana harganya yang murah. Toyota dan Subaru memang mensasarkan kereta ini sebagai kereta sport kelas bawahan supaya ramai pembeli mampu memilikinya (ya tapi bukan di Malaysia lah)

BACA – TOYOTA 86 DENGAN ENJIN FERRARI

BACA – LELAKI INI MILIKI 5 BUAH AE86

Jadi apa yang akan anda lakukan pada sebuah kereta murah supaya lebih seronok dipandu? Enjin boxer 2 liter asal mungkin membosankan, bukan mungkin tapi memang bosan habis tanpa induksi paksa. Sedangkan konfigurasi kereta ini sangat ideal untuk prestasi tinggi. Namakan kereta dengan titik graviti rendah, pembahagian berat 50-50, pacuan roda belakang yang ada di pasaran hari ini. Ya. Memang tak ada!

Tak lama dahulu kami pernah siarkan bagaimana Ryan Tuerck, pelumba drift profesional dari Amerika Syarikat telah memasukkan enjin Ferrari 458 ke dalam perut Toyota 86. Itu pun dan berbunyi kejam. Bayangkan masukkan enjin V8 pada sebuah casis boxer flat 4 omboh. Tapi…

Ini lebih gila. Maksud saya, enjin VR38DETT dari Nissan GTR dengan 500 kuasa kuda itu yang jadikan lebih gila, ia dipasangkan dengan stroker kit baru berkapasiti, 4.1 LITER!

86 gtr (2)

Ia dilakukan oleh pasukan perlumbaan Street FX Motorsport. Pengimport alat prestasi tinggi dari Australia ini bukan sahaja memasukkan enjin tetapi memadankan kit 4.1 liter dengan sepasang turbo HKS dengan sasaran akhirnya ialah untuk mendapatkan 1,000 kuasa kuda.

Mustahil? Sudah tentu tidak. Enjin VR38DETT ini mempunyai potensi lebih daripada itu. Tetapi yang lebih mengejutkan seperti yang dilaporkan oleh Motor Authority, kereta ini akan mengekalkan profilnya sebagai kereta jalanan. Mereka malah membuat fabrikasi terhadap sistem penghawa dinginnya supaya ia dapat dipandu seperti sebuah kereta biasa.

Tak lama dulu di Jepun, Max Orido pernah menggunakan Toyota 86 dengan enijn 5.0 liter Lexus IS-F V8 dalam pusingan D1 GP. Memang tak masuk akal tapi itulah lumrahnya, kereta murah adalah jalan singkat kepada manusia kreatif yang mahukan kuasa.

Kami juga harapkan kedatangan Toyota Supra baru nanti akan meriahkan lagi scene permotoran dunia. Realitinya, kereta hari ini semakin membosankan. Adakah akhirnya nanti kita nak tengok drift dengan Prius? Oh tidak, tolong lah.

Nah tengok video ni

 

 

Google ads
Back to top button