INI SEBABNYA FILEM FAST & FURIOUS 9 DITUNDA SEHINGGA TAHUN 2020

SHARE

Jadi, inilah filem yang benar-benar dekat dengan hati peminat kereta seluruh dunia. Ia adalah jalan cerita yang menarik dengan olahan yang hampir kepada realiti mat-mat kereta sebenar. Kecuali beberapa siri akhir yang lebih menonjolkan aksi lasak berbanding scene dunia kereta sebenar.

Pun begitu, ia tetap jadi filem box office bagi setiap francais yang diperkenalkan. Abang Japar tak boleh blah juga yang siri ke LAPAN (Furious 8)  kelmarin dengan kapal selam dan kereta tak berapa menarik. hujung-hujung cerita, tak lari banyak dengan konsep hollywood yang asal.

Kata orang, sejak ketiadaan Paul walker, Fast & Furious hilang serinya. Watak Brian O’Connor dengan jalan terhenjut-henjut macam budak wicet tapi dialog yang selamba dan aksi berlumbanya memang sukar dicari pengganti.

BACA: FAST & FURIOUS AKAN KE ANGKASALEPAS?

Apapun Fast & Furious tetap akan disambung pembikinannya untuk siri ke SEMBILAN. Rakaman sepatutnya sudah bermula bila-bila masa dari sekarang tapi ia masih belum bermula.Tapi Kenapa?

Menurut laporan Hollywood Reporter, penundaan terpaksa dibuat sehingga ke tahun 2020. Penggambaran hanya akan bermula setahun lalgi kerana Universal Studio mahu aktor Dwayne Johnson (The Rock) dan Jason Statham kekal dan sekuen seterusnya. Malangnya, jadual padat kedua-dua pelakon tersebut hanya berakhir pada 2019.

Sejak menyertai keluarga Fast & Furious pada 2011, The Rock yang melakonkan watak Luke Hobbs dilihat mempunyai pengaruh besar menarik penonton ke pawagam. Beliau juga telah menenggelamkan populariti Vin Diesel dan dikatakan pernah beberapa kali bertelagah di set penggambaran sebelum ini.

Antara sebab lain ialah, Universal Studio mahu mendapatkan khidmat Justin Lin, pengarah yang dikatakan mempunyai sentuhan asli F&F. Justin Lin mengarahkan empat sikuen F&F bermula dari Tokyo Drift (kau nampak banyak kereta JDM kan?)

 

 

 
 
(Visited 3,635 times, 216 visits today)

Share this post

scroll to top