Buletin

INILAH KEADAAN MCLAREN 570S SELEPAS KEMALANGAN, PEMANDU & PENUMPANG HANYA CEDERA RINGAN 

Sebuah supercar McLaren 570S hancur berkecai dan terbakar sepenuhnya selepas terlibat dalam satu kemalangan di wilayah Wiltshire, United Kingdom baru-baru ini. 

Menurut laporan agensi berita BBC, kereta tersebut berpusing sebelum melanggar sebatang tiang elektrik dinding sebuah rumah. Dinding itu kemudian runtuh menimpa kereta yang sedang terbakar.

Anggota Bomba Dorset dan Wiltshire, Damien Bence mengakui bahawa keadaan pemandu serta penumpang yang tidak mengalami kecederaan serius memang mengagumkan. Malah apabila dilihat, selain daripada rim dan warna oren, kereta itu sudah tidak dapat dikenal pasti.

Di UK, jentera itu dijual pada harga £143,000 (RM794,000) seunit. Ia dikuasakan oleh enjin turbo berkembar V8 bersesaran 3.8 liter dan mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 3.2 saat.

Masih tidak diketahui berapa laju kereta itu dipecut sebelum kemalangan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button