Buletin

INILAH MODEL LAND ROVER TERBARU DAN PALING MURAH DILANCARKAN DI FRANKFURT MOTOR SHOW 2017

“Kenalkan model paling murah kami,” kata wakil Land Rover. Model yang dimaksudkan bernama iCandy Peach All-Terrain yang merupakan sebuah stroller ataupun kereta sorong kanak-kanak. Macam tahu-tahu je gua ada baby kat rumah. Jika Discovery baru terlalu mahal untuk bajet anda, inilah kenderaan yang dikhususkan untuk ibubapa yang sukakan aktiviti luar rumah.

Stroller baru Land Rover ini memang diinspirasikan daripada Discovery model terbaru. Malah ia turut berkongsi ciri yang sama seperti corak gril pada kemasan fabriknya dan jahitan yang menyamai jahitan yang sama pada tempat duduk SUV tersebut.

BACA: SEBUAH MODEL JAGUAR LAND ROVER DIDAFTARKAN SETIAP 30 SAAT DI UK

Lindsey Weaver, pengarah bahagian jenama dan perlesenan JLR menyatakan yang mereka cukup gembira dapat bekerjasama dengan syarikat pengeluar kenderaan terkenal seperti Pand Rover. Ia menjadikan produk keluaran mereka bukan hanya sekadar kereta sorong bayi tetapi juga menyumbang kepada kombinasi gaya dan fungsi unik antara dua produk yang berbeza.

 

iCandy Peach All-Terrain ini juga mencipta sejarah kerana ia merupakan kereta sorong bayi yang pertama dilancarkan pada Frankfurt Motor Show 2017. Pada pameran ini juga Land Rover turut mempamerkan Land Rover Discoveru SVX terbaru mereka yang menggunakan enjin 5.0-liter V8 supercharged yang mampu menghasilkan 518 bhp kuasa maksima dan tork setinggi 625 Nm.

Selepas pelancarannya kepada umum, stroller mewah Land Rover ini akan dipamerkan di pameran Kind Und Jugend di Cologne sebelum mula dipasarkan dengan harga sekitar RM8000 di Eropah! Jauh lebih murah daripada sebuah Discovery baru tetapi jauh lebih mahal berbanding yang dijual di Tesco. Haih.

Yang tak mampu memang akan rasa mahal tapi gua tengok tokey-tokey kosmetik bawa Range Rover Evoque pergi pasar macam bawak Myvi je. Muda-muda lagi pulak tu. Kalau bawa masuk Malaysia rasanya memang laku keras stroller ni. Jangan lepas ni keluar model Land Wind pulak dah.

GALERI:

Google ads
Back to top button